fbpx
Now Reading
“Hidup Aku Dah Jahanam, Semua Sebab Kau” – Fizi Ali Mengamuk, Dakwa Hidup Kacau Bilau Kerana Bekas Isteri
Hilang sabar, fizi ali dakwa hidup jahanam kerana bekas isteri

“Hidup Aku Dah Jahanam, Semua Sebab Kau” – Fizi Ali Mengamuk, Dakwa Hidup Kacau Bilau Kerana Bekas Isteri

Akibat hilang sabar dengan tindakan bekas isteri, Fizi Ali luahkan rasa marah menerusi akaun media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali meluahkan rasa marah dan mendakwa kehidupan musnah kerana tindakan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri.

Luahan tersebut dimuat naik di InstaStory pada Khamis (16 Jun), dan memaklumkan bahawa dia sudah lama bersabar dengan kerenah bekas isterinya itu.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, hantaran berkenaan dipercayai merujuk kepada Shakilla kerana penyampai radio tersebut menggunakan ayat ‘mak kepada anak aku’.

Tindakan melampau buat Fizi hilang sabar

Malah sebelum ini dia tidak mahu membuka aib wanita berkenaan, namun tindakan yang melampau telah membuatkan dirinya hilang sabar.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama.

“Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau,” tulisnya di InstaStory.

Foto: IG Story Fizi Ali

Dakwa bekas isteri punca hidup musnah

Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan bahawa semakin hari sifat sabarnya semakin menipis dan mendakwa Shakilla adalah punca hidupnya musnah sehingga hilang semua benda.

“Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin nipis ni. Hidup aku dah jahanam, sekarang aku hilang semua benda sebab kau.

“Kau tak sedar lagi ke ha? Sekarang kau saja nak cari pasal dengan aku,” kata Fizi.

Tidak menyatakan punca sebenar apa yang sedang berlaku

Walau bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan apakah perkara sebenar yang sedang berlaku sehingga menyebabkan dirinya hilang sabar.

Di dalam satu lagi hantaran di InstaStory, Fizi turut menyifatkan bahawa dia sudah penat untuk berdiam diri.

“Biar semua orang benci aku”

“Apa lagi kau nak hancurkan ha? kerjaya aku pula? biar semua orang benci aku.

“Biar semua mengata aku, lepas tu aku kena buang kerja.. Hidup merempat, baru kau puas hati?

“Ya, Allah dugaan apa pula kali ini. Penat dah untuk berdiam diri,” luahnya lagi.

Foto: IG Story Fizi Ali

Terdahulu, Fizi dan Shakilla telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai pada Disember tahun lalu.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berumur tiga tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.