fbpx
Now Reading
“Saya Mencintai Dia Sepenuh Hati”-Amber Heard Akui Masih Sayang Pada Johnny Depp
Amber Heard Akui masih sayang pada bekas suami

“Saya Mencintai Dia Sepenuh Hati”-Amber Heard Akui Masih Sayang Pada Johnny Depp

Amber Heard mengakui dirinya masih menyayangi bekas suaminya, Johnny Depp dalam satu temu bual di NBC News.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun sudah menempuh pelbagai cabaran dan naik turun mahkamah selama beberapa tahun, aktres yang juga pelakon filem Aquaman, Amber Heard mengakui bahawa dia masih menyayangi bekas suaminya, Johnny Depp.

“Saya mencintai dia sepenuh hati..”

“Saya sayang dia. Saya mencintai dia sepenuh hati dan saya cuba untuk memutuskan hubungan ini dengan baik. Tetapi saya tidak berhasil,” jelas Amber pada Rabu (15 Jun) dalam program temubual Today yang akan ditayang sepenuhnya pada Jumaat di ‘Dateline’ NBC News.

Amber turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah sama sekali mempunyai sebarang niat yang tidak baik terhadap bekas suaminya itu.

Tidak pernah ada niat buruk kepada bekas suami

“Saya sama sekali tidak mempunyai perasaan atau niat yang buruk terhadapnya. Saya tahu ia mungkin sukar atau mudah untuk difahami. Tetapi jika anda pernah mencintai seseorang pasti mengerti,” beritahu Amber kepada pengacara Savannah Guthrie.

Heard menyatakan perkara tersebut dalam temubual pertamanya sejak kes samannya bersama Depp selesai dua minggu yang lalu.

Perbicaraan tersebut berakhir dengan dia terpaksa membayar RM45 juta (AS$ 10 juta) serta ganti rugi RM22 juta (AS$5 juta) selepas terbukti bersalah memfitnah Johnny Depp.

Ianya berkait dengan satu artikel Washington Post pada 2018, yang akhirnya memihak kepada Depp bahawa Heard telah berbohong dengan menyatakan bahawa dia telah mendera bekas isterinya itu.

Heard yang kecewa dengan keputusan itu bercadang untuk membuat rayuan terhadap perkara tersebut kerana dilihat seperti mangsa penderaan yang lemah.

Takut kena saman lagi

Walau bagaimanpun, dia memaklumkan bahawa dia takut sekiranya dirinya disaman sekali lagi jika dia masih bersuara kerana ia memberi peluang terhadap perkara itu.

“Saya takut apa yang saya lakukan, apa yang saya katakan. Setiap langkah yang saya ambil akan memberi peluang kepada perkara ini.

“Saya rasa itulah tujuan tuntutan fitnah, di mana ia diambil daripada suara anda,” katanya lagi kepada Savannah Guthrie.

Artikel yang ditulis tidak ada berkaitan dengan Johnny Depp

Amber dalam masa sama turut menegaskan bahawa artikel yang ditulis dalam Washington Post pada 2018 yang lepas bukanlah berkaitan dengan bekas suaminya itu, dan hanya menulis untuk menambah suaranya dalam pergerakan ‘#MeToo’.

Menurutnya, dia mempunyai pasukan peguam yang akan menyemak artikel tersebut serta menegaskan dia tidak mahu memfitnah Depp mahupun membuatkannya kehilangan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh orang yang berkuasa yang lain.

Tidak salahkan juri kerana menyebelahi bekas suami

Walau bagaimanapun, Heard memaklumkan dia tidak menyalahkan juri kerana telah berpihak kepada Depp serta menyifatkan bekas suaminya itu mempunyai karakter yang penyanyang. Malah orang merasai mengenalinya dan dia juga merupakan seorang pelakon yang hebat.

Lakukan untuk bela diri sendiri dan anak perempuan

Namun, pelakon Aquaman itu percaya bahawa dia melakukan sesuatu perkara yang betul untuk dirinya dan juga anak perempuannya yang kini berusia satu tahun.

“Saya tidak kira apa, dan pasti ia akan membantu saya. Saya telah lakukan perkara yang betul dalam membuktikan kebenaran dan membela diri saya,” kata Amber lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.