fbpx
Now Reading
“Saya Yakin Saya Tak Salah” – Sharnaaz Ahmad Jawab Dakwaan Pukul Orang [Video]

“Saya Yakin Saya Tak Salah” – Sharnaaz Ahmad Jawab Dakwaan Pukul Orang [Video]

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon terkenal telah ditahan selepas dilaporkan menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium pada jam 8.30 malam, Khamis (16 Jun) yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas 3 hari direman atas dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad akhirnya dibebaskan oleh pihak berkuasa pada Isnin, 20 Jun.

Sharnaaz yang ditemui media selepas dibebaskan dengan jaminan polis berkata dia tidak bodoh untuk melakukan perkara sebegitu.

“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya,” kata pelakon, Sharnaaz Ahmad dipetik dari Harian Metro.

Mengakui dirinya sinonim dengan sifat ‘panas baran’, Sharnaaz bagaimanapun menjelaskan insiden berkenaan tiada kaitan dengan perkara itu sebaliknya cerita yang tular di media sosial hanyalah kenyataan dari pihak sebelah sana sahaja.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” kata Sharnaaz

Harap tiada tuduh dia sebagai penjenayah

Tambah pelakon itu lagi, dia juga akan membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes tersebut.

“Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

“Saya yakin saya tidak bersalah. InsyaAllah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan.

Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah.

Lepas rindu pada Jayden

Menerusi satu perkongsian di Instagram pula, Sharnaaz dilihat tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan anaknya, Jebat Jayden sebaik dibebaskan.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon terkenal telah ditahan selepas dilaporkan menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium pada jam 8.30 malam, Khamis (16 Jun) yang lalu.

Namun terdapat dua versi yang tular di mana ada yang mendakwa pelakon itu telah memukul seorang pengawal keselamatan manakala ada yang mendakwa aktor itu memukul seorang penduduk yang sedang bertengkar dengan pengawal terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.