“Berbaloi Ke Curang?” – Soalan Pedas Pak Nil Buat Shuk Sahar Kelu [Video]
Di akhir temu bual, Shuk turut merasakan apa yang terjadi adalah salahnya hingga menyebabkan hidupnya begitu kosong tanpa ketiadaaan anak dan isteri di sisi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan, salah satu topik paling panas di dalam dunia hiburan sejak setahun lalu pastinya konflik rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera.
Keadaan kembali hangat awal tahun ini apabila Rossa mendedahkan masih wujud orang ketiga di antara pasangan ini.
Baru-baru ini, Shuk telah dijemput sebagai tetamu bagi program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @imranimlap di TikTok, Shuk yang ditemu bual mengakui bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Rossa dan anak-anak mereka namun status mereka masih tergantung memandangkan Rossa belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.
Dia dalam masa sama turut mengakui tindakannya berlaku curang mungkin membuatkan isterinya sudah tidak tahan hingga nekad meninggalkan rumah.
@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap
Namun apa yang mencuri tumpuan orang ramai apabila Pak Nil mengajukan beberapa soalan pedas iaitu ‘kenapa ada orang kedua’ dan ‘adakah berbaloi berlaku curang untuk beberapa kali’.
Shuk yang tertunduk kemudian lantas menjawab, “Tak berbaloi Pak Nik dan sangat tak selesa”.
Dia bukan sahaja berasa kosong apabila berjauhan dari anak dan isteri, bahkan kehilangan perniagaannya hingga terpaksa menjual kereta dan rumahnya akibat masalah kewangan dipercayai rentetan dari kontroversi yang melanda dirinya.
“Sebenarnya bila berlaku benda ni, semua perniagaan saya lingkup. Saya hilang perniagaan air, kafe, semuanya disebabkan perkara ini. Saya dah tiada apa-apa Pak Nil,” kata Shuk.
“Curang itu satu pilihan”
Malah dia mengakui kecurangan itu satu pilihan dan dia bersalah kerana memilih jalan tersebut.
“Saya rasa saya yang salah kerana saya memilih untuk ke jalan itu,” kata Shuk lagi.
@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap
Di akhir temu bual, Shuk turut merasakan apa yang terjadi adalah salahnya hingga menyebabkan hidupnya begitu kosong tanpa ketiadaaan anak dan isteri di sisi.