fbpx
Now Reading
Selepas Kalah Dengan Johnny Depp, Amber Heard Mahu Tulis & Terbitkan Buku ‘Balas Dendam’ Pula
Amber Heard nak tulis dan terbitkan buku 'balas dendam'

Selepas Kalah Dengan Johnny Depp, Amber Heard Mahu Tulis & Terbitkan Buku ‘Balas Dendam’ Pula

Selepas kalah dalam kes tuntutan, Amber Heard kini mahu terbitkan buku ‘balas dendam’ yang akan menceritakan segala-galanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja reda dengan kes tuntutan yang melibatkan bekas suaminya Johnny Depp, pelakon Hollywood terkenal, Amber Heard kini dikatakan sedang berbincang untuk menerbitkan sebuah buku biografinya.

Memetik laporan New York Post, pelakon ‘Aquaman’ itu dilaporkan telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mengambarkan buku ini sebagai buku ‘balas dendam’ selepas kalah kes tuntutan tersebut.

Anggap kerjaya di Hollywood dah berakhir

“Amber menganggap kerjayanya di Hollywood sudah berakhir. Dia sudah berbincang berkaitan penerbitan buku tersebut dan merasa terjuga mengenainya.

“Pada ketika ini dia tidak rugi dan mahu memberitahu semua orang mengenainya,” kata sumber.

Heard perlu berhati-hati dalam penulisannya

Namun, seorang pakar penulisan buku, Dror Bikel turut menasihati Heard bahawa dia perlu berhati-hati dengan apa yang mahu ditulisnya mengenai Depp

“Depp dan peguamnya pasti akan membaca dan meneliti semua yang dinyatakan oleh Heard.

Berpotensi untuk disaman semula

“Sekiranya Heard melampaui batas perkara itu mungkin akan membuatkan dirinya berpotensi untuk disaman kembali,” kata Bikel.

Wakil daripada pihak pengurusan Heard tidak menafikan perkara tersebut, namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini Heard di dalam temubual dalam ‘Dateline’ NBC turut menyatakan bahawa dia takut jika apa yang dilakukan atau dikatakan akan memberi peluang untuk dirinya disaman.

Baca berita berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.