fbpx
Now Reading
4 Dekad Dalam Dunia Lakonan, Mubarak Majid Terima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di India
Selepas empat dekad Mubarak Majid raih anugerah Pelakon lelaki terbaik di India

4 Dekad Dalam Dunia Lakonan, Mubarak Majid Terima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di India

Menurutnya Mubarak, ini merupakan kemenangan pertamanya selepas empat dekad berada dalam industri lakonan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, selepas lebih 4 dekad menceburi dunia lakonan, pelakon veteran, Mubarak Majid, 66, akhirnya telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang berlangsung di India baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan Mubarak menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdullilah,” tulisnya ringkas.

Baru diberitahu oleh produksi

Menurut laporan Harian Metro, Mubarak memaklumkan berita kemenangan itu dimaklumkan oleh pihak produksi.

“Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk dalam bentuk digital selepas ini.

“Saya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini,” kata pelakon itu.

Foto: FB Buffalo Orange Production Sdn Bhd

Pegang watak seorang bapa

Mengulas lanjut berkenaan wataknya dalam filem tersebut, Mubarak berkata dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model.

“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.

“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya itu yang yang tajuk ada perkataan Sexy Dress,” jelasnya lagi.

Filem pendek terbitan Buffalo Orange Production Sdn Bhd ini menemui penontonnya menerusi YouTube.

Tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah

Jelasnya, kemenangan itu agak mengejutkan kerana namanya hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri.

“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.

“Saya hanya buat yang terbaik”

“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” ulasnya ketika di temui dalam Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni Budaya (MOTAC), melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berlangsung semalam (23 Jun).

Ketika majlis tersebut, Mubarak dan beberapa selebriti tempatan seperti Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn Victor, Amran Nasaruddin serta Zuhairi Ibrahim turut menerima pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Badan Peneraju Seni Budaya yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.