fbpx

Selepas Kalah Saman, Amber Heard Dilihat Shopping Baju Di Kedai Murah

Menerusi gambar-gamba yang tular di media sosial, Amber dilihat sedang membelek beberapa pakaian yang dipamerkan di pusat beli-belah berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang pelakon terkenal Johnny Depp, 58, sudah pun memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard pada awal Jun yang lalu.

Kemenangan tesebut sekaligus memerlukan Amber Heard untuk membayar tuntutan pampasan sebanyak AS$8.4 juta (RM37 juta) kepada Depp seperti yang diarahkan mahkamah.

Terbaharu New York Post melaporkan, keadaan kewangan aktres berusia 36 tahun itu semakin kritikal kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar bekas suaminya.

Malah dia dilihat berbelanja di TJ Maxx, sebuah pusat beli belah di Hamptons yang sentiasa menawarkan diskaun untuk semua barangannya.

Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, Amber dilihat sedang membelek beberapa pakaian yang dipamerkan di pusat beli-belah berkenaan.

Keberadaannya di pusat beli belah itu pula ditemani oleh adik perempuanya, Whitney Henriquez.

Sekitar awal Jun lalu, Amber didakwa dalam fasa menuju muflis dan tidak mampu untuk membayar yuran guamannya yang begitu tinggi.

Dia didakwa bergantung pada polisi insurans pemilik rumahnya untuk menampung semua kos guaman.

Peguamnya, Elaine Bredehoft yang ditemu bual turut mendedahkan yang Heard mungkin tidak akan dapat membayar Depp dan akan turut membuat rayuan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.