fbpx
Now Reading
DJ Lin Menang Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Buat Kali Kedua

DJ Lin Menang Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Buat Kali Kedua

Beliau yang begitu popular menerusi segmen Suria Cinta di Suria FM berkata, anugerah yang diterima ini adalah hasil doa keluarga serta sokongan dan undian daripada rakyat Malaysia yang sentiasa bersamanya sepanjang 23 tahun bertapak dalam industri radio Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyampai radio Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau dikenali dengan panggilan DJ Lin sekali lagi merangkul ‘Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai’ anjuran majalah antarabangsa, Reader’s Digest yang berlangsung pada malam Selasa (14 Jun) lalu.

Mengakui teruja dengan pengiktiran yang diterima, DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM turut meluahkan rasa syukur selepas berjaya menerima anugerah tersebut buat kali kedua.

Beliau yang begitu popular menerusi segmen Suria Cinta di Suria FM berkata, anugerah yang diterima ini adalah hasil doa keluarga serta sokongan dan undian daripada rakyat Malaysia yang sentiasa bersamanya sepanjang 23 tahun bertapak dalam industri radio Malaysia.

“Anugerah dan pencapaian ini bukan sahaja untuk diri saya, bahkan mewakili seluruh keluarga Suria FM dan ianya juga membuktikan jenama DJ LIN dan SURIA CINTA terus bertapak kukuh di hati pencinta dunia radio.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak penganjur, majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan rakan media serta para peminat yang sentiasa di sisi sepanjang perjalanan karier seni saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio,” kata DJ Lin.

Ujarnya, tanpa sokongan daripada semua pihak, beliau tidak akan berada di tahap ini justeru, anugerah yang dirangkul akan menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus berusaha memberikan yang terbaik buat semua pendengar setia Suria FM sekaligus mengangkat nama dan prestasi jenama Suria di tahap yang lebih membanggakan. 

Ini merupakan pengiktirafan kedua bagi DJ Lin sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ selepas kejayaan dicapai pada Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-23 pada tahun lalu.

Anugerah ke-11 DJ Lin

Menariknya lagi, anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi tahun ini merupakan anugerah ke-11 buat DJ Lin.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-24 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

DJ Lin yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta pada Jumaat lalu (24 Jun) turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan salam takziah kepadanya juga buat semua yang memanjatkan doa buat Allahyarhamah ibunya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Bt Jantan.

“Sama sama terus doakan agar roh arwah ibu saya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan tenang di alam sana dan dikelilingi bidadari Syurga.”

Anda boleh mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi Suria Malaysia dan saluran YouTube SuriaTV.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.