
“Demi Allah Saya Tak Tumbuk, Pijak, Cekik & Tendang Perut..” – Sharnaaz Ahmad
Kejadian pada awalnya berlaku pergaduhan di antara penghuni dengan salah seorang pengawal keselamatan. Kehadiran dirinya hanya untuk mempertahankan pengawal keselamatan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas genap seminggu dibebaskan dari tahanan reman, pelakon Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mamu akhirnya tampil menjelaskan isu sebenar yang berlaku terhadap dirinya melalui hantaran video yang dimuat naik di laman rasmi Instagram miliknya, semalam (27 Jun).
Sharnaaz didakwa telah melakukan kekerasan terhadap salah seorang penghuni sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur.
Menurutnya, segala cerita yang ingin disampaikan adalah secara ringkas dan bukannya kenyataan rasmi kerana dia dinasihati oleh pihak polis dan peguamnya agar menunggu sehingga keputusan Mahkamah dikeluarkan terlebih dahulu.
Kata Sharnaaz, kejadian pada awalnya berlaku pergaduhan di antara penghuni dengan salah seorang pengawal keselamatan kondominium terbabit. Kehadiran dirinya hanyalah untuk meleraikan pergaduhan itu sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Tegasnya lagi, dia yakin bahawa dirinya tidak menendang menumbuk, mencekik, mahupun memijak perut seperti apa yang diceritakan oleh sesetengah pihak sebelum ini.
“Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bergaduh kerana rakannya tidak dibenarkan masuk membawa minyak.
“Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan itu sebab saya tak boleh melihat orang ditindas tanpa mengira bangsa dan warganegara,” ujarnya.
“Saya ingin tegaskan di sini, demi Allah saya tidak menumbuk, memijak perut, mencekik dan menendang perut, itu semua karut dan saya yakin saya tak buat itu semua.”
Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz turut menasihati agar orang ramai tidak terus membuat spekulasi tanpa usul periksa terhadap orang yang ditahan reman.
“Pihak polis telah memberikan kerjasama dan begitu juga daripada saya. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat menjernihkan keadaan,” ujarnya lagi.
Terdahulu media melaporkan seorang pelakon terkenal telah ditahan selepas dilaporkan menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium pada jam 8.30 malam, Khamis (16 Jun) yang lalu.
Baca artikel berkaitan: