fbpx

“Filem Mat Kilau Perlukan Kutipan Lebih RM20 Juta Untuk Balik Modal” – Mawi [Video]

Menurut penyanyi lagu ‘Kalah Dalam Menang’ itu, rakyat Malaysia tidak boleh memandang jumlah kutipan sebanyak RM12 Juta itu sebagai sesuatu keuntungan yang selesa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan pelakon, Asmawi bin Ani atau lebih mesra dipanggil Mawi itu meminta rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan terhadap filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 23 Jun lalu.

Menerusi satu hantaran video di laman rasmi TikTok miliknya, Mawi, 41, menjelaskan kos sebanyak RM8 juta yang dikeluarkan pihak produksi masih tidak memberi pulangan modal.

“Perkara ini ramai tak tahu dan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penerbit filem. Saya nak beritahu kalau berjaya dapat RM12 juta dengan modal RM8 juta, bermaksud untuk penerbit masih belum balik modal.

Asmawi bin Ani

Cukai hiburan sebanyak 25%

Jelas Mawi, sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam, maka pihak penerbitan perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25%.

“Untuk minggu pertama tayangan, perjanjian antara pihak penerbit dan panggung wayang pembahagian adalah 50/50 bermaksud separuh perlu bayar.

“Jadi, selepas bayar cukai hiburan sebanyak 25%, jumlah yang tinggal itu perlu dibayar sebanyak 50% pula kepada pihak panggung wayang,” katanya.

@cahayaasmawi

FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia

♬ original sound – cahayaasmawi – cahayaasmawi

Dalam hantaran sama, Mawi turut menjelaskan kaedah pengiraan dan jumlah keuntungan bersih yang berjaya diperoleh pihak penerbitan filem Mat Kilau setakat ini.

Kutipan RM12 juta masih belum balik modal

“Sekarang kita cerita mengenai Mat Kilau pula, RM12 juta itu perlu tolak sebanyak 25% untuk bayar cukai hiburan dan jumlah bayarannya adalah RM3 juta. Jadi, baki mereka adalah RM9 juta.

“RM9 juta itu pula perlu bahagi dua antara pihak penerbit dan juga pihak panggung wayang. Selepas bahagi maka tinggallah RM4.5 juta. Jadi, masih belum balik modal sebab modal nak buat RM8 juta.

“Itu baru saya cerita tentang minggu pertama. Untuk minggu seterusnya dah lain kira pula. Minggu-minggu seterusnya pihak panggung wayang akan ambil lebih lagi dari 50%,”ujarnya lagi.

Jumlah bayaran pada panggung meningkat setiap minggu

Menurutnya lagi, minggu kedua tayangan pihak panggung akan mengambil 55%, minggu ketiga sebanyak 60% dan minggu keempat pula sebanyak 65%, pembahagian ini akan tetap sehingga habis tayangan.

Setakat semalam (28 Jun), Kutipan filem Mat Kilau telah mencecah sebanyak RM18 juta, dimana jumlah ini masih tidak mencukupi untuk menampung kos RM8 juta yang dikeluarkan oleh pihak penerbitan filem.

Berdasarkan pengiraan yang dilakukan, filem terbitan Kembara Studio itu mestilah mencapai jumlah kutipan sebanyak RM20 juta lebih untuk mendapatkan semula pulangan modal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.