fbpx
Now Reading
Minions: The Rise Of Gru Bakal Ditayangkan Bermula Esok
Minions: The Rise of Gru

Minions: The Rise Of Gru Bakal Ditayangkan Bermula Esok

Filem animasi ini akan memaparkan perjalanan Gru dan Minions dalam mencapai cita-citanya hingga membuatkan anda tidak kering gusi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula 30 Jun, United International Pictures Malaysia akan menayangkan filem animasi terbaru mereka iaitu Minions: The Rise Of Gru di seluruh pawagam di Malaysia.

Animasi yang diterbitkan oleh studio animasi Illumination ini akan memaparkan perjalanan yang diilhamkan pada tahun 70-an sewaktu Gru masih remaja dan bercita-cita untuk menjadi seorang penjahat.

Menerusi filem ini ia turut menceritakan bagaimana Gru belajar untuk menjadi seorang penjahat untuk menakluk dunia bersama dengan Minion.

Sinopsis ringkas

Gru yang menyimpan minat terhadap sebuah kumpulan penjahat terkenal, The Vicious Six telah sedaya upaya membuktikan bahawa dirinya layak untuk menyertai kumpulan tersebut ketika mereka sedang mencari penganti untuk seorang ahli kumpulan yang telah mati.

Namun, perjalanannya itu tidak mudah dan menemui pelbagai cabaran dan memerlukan bantuan minion untuk menghadapi setiap dugaan yang datang.

Tak kering gusi dan perjalanan cerita yang penuh kejutan

Berpeluang menonton Minions: The Rise Of Gru sewaktu sidang media dan pratonton pada Selasa, 28 Jun, di Dadi Cinema, Pavillion, kami yakin animasi ini pasti akan membuatkan anda dan anak-anak kecil tidak kering gusi dengan telatah mereka .

Selain itu anda pasti teruja dengan perjalanan cerita yang penuh dengan kejutan di samping mengetahui hidup sebenar Gru dalam menjadi seorang penjahat.

Turut tampilkan Michelle Yeoh

Filem ini turut menampilkan beberapa barisan suara latar seperti Steve Carell sebagai Gru, dan Pierre Coffin sebagai Kevin, Stuart, Bob, Otto serta Minion yang lain, Jean-Claude Van Damne, Taraji P.Henson, RZA, Dolph Lundgen, serta ramai lagi.

Lebih menarik lagi, mereka turut menampilkan pelakon tanah air iaitu Datuk Michelle Yeoh yang memainkan watak sebagai Master Chow seorang wanita yang pakar dalam seni pertahankan diri iaitu kung fu.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.