fbpx
Now Reading
“Kami Tidak Sedar Logo FINAS Tidak Diletakkan..” – Penerbit Mat Kilau Dakwa Terlepas Pandang

“Kami Tidak Sedar Logo FINAS Tidak Diletakkan..” – Penerbit Mat Kilau Dakwa Terlepas Pandang

Menurutnya, perkara ini berlaku disebabkan pihaknya terlepas pandang selain urusan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, 62, mengakui kegagalan syarikat itu memberi kredit kepada FINAS dalam filem dan bahan bercetak berpunca daripada kecuaian dan terlepas pandang yang tidak disengajakan.

Rahman berkata, sebagai pendatang baharu dalam bidang perfileman, syarikatnya masih belum cukup berpengalaman dalam mengendalikan perkara berkaitan hebahan penghargaan atau senarai kredit.

Foto: IG SyamsulYusof

Menurut Penerbit filem Mat Kilau itu lagi, perkara ini berlaku disebabkan pihaknya terlepas pandang selain urusan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan.

“Kami tidak sedar logo FINAS tidak diletakkan dalam senarai kredit filem itu hinggalah hari berlangsungnya sesi tayangan perdana, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali

Beliau bagaimanapun turut mengakui kesilapan dari pihaknya kerana tidak melakukan pemeriksaan terperinci sebelum filem itu ditayangkan.

“Studio Kembara tiada konflik dengan FINAS”

Beliau turut menegaskan syarikat dan FINAS tidak mempunyai sebarang konflik serta bersedia untuk memperbaiki kesalahan yang telah dibuat.

“Ingin saya tegaskan, tiada konflik berlaku antara kami dan FINAS. Saya terkejut apabila perkara ini dibangkitkan sedangkan antara kami tiada masalah.

“Segala kesilapan yang dilakukan, kami cuba perbaiki mengikut kemampuan. Kalau boleh diletakkan logo, kami akan buat biarpun agak terlewat.

“Malah, pada sesi tayangan khas bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini, kami puji inisiatif FINAS membantu kami menyiapkan filem itu,” ujarnya lagi.

Sebagai info, FINAS sebelum ini sudah memberikan dana geran sebanyak RM1.8 juta bagi pembikinan filem Mat Kilau tu.

Ia merangkumi dana produksi sebanyak RM1.5 juta dan baki RM300,000 bagi kerja pemasaran.

Foto: IG SyamsulYusof

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.