fbpx
Now Reading
Puteri Sarah Pesan Jika Nak Poligami Cari Keturunan & Bakal Isteri Baik-Baik [Video]
Tak tolak poligami, cari keturunan dan bakal isteri yang baik-baik

Puteri Sarah Pesan Jika Nak Poligami Cari Keturunan & Bakal Isteri Baik-Baik [Video]

Menurut pelakon itu, dia mungkin akan menerima wanita tersebut sekiranya dia memperkenalkan dirinya dengan cara yang baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres cantik, Puteri Sarah Liyana mendedahkan orang ketiga yang menjadi punca pergolakan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bukan sahaja menganggu dirinya, malah turut melibatkan ahli keluarga pengarah terkenal itu.

Perkara itu dikongsikan pelakon berusia 36 tahun itu sewaktu tampil bersama seoran rakan artis, Nad Zainal di Instagram Live.

Cuba tahan untuk jaga maruah suami dan keluarga

Jelasnya, sejak empat tahun lalu dia sudah diganggu oleh wanita tersebut dan telah cuba untuk menahan untuk menjaga maruah suami serta keluarga, lapor Kosmo.

“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga saya bertahan.

“Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ni mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” ulasnya.

Menurutnya, tindakan saman yang difailkan tempoh hari kepada pihak tersebut adalah bertujuan untuk pertahankan maruah dan hak dirinya sebagai isteri.

Nak tuntut hak sendiri dan anak-anak

“Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak.

“Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jenayah.

“Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” kata Puteri Sarah.

Tak tolak untuk terima kalau datang perkenalkan diri cara yang baik

Walaupun dirinya diganggu oleh pihak tersebut, namun dia tidak menolak kebarangkalian untuk menerima wanita itu sekiranya dia memperkenalkan dirinya dengan baik.

Serang ibu mentua dan adik-beradik suami

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana pihak itu dikatakan turut mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuklah adik-beradik Syamsul.

“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah serang ibu mentua dan ganggu adik-beradik Syamsul.

“Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik.

‘Carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik’

“Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” jelasnya lagi.

Kemelut rumah tangga pelakon ini Syamsul mula hangat diperkatakan sejak dia membuat pendedahan kerap diganggu pihak berkenaan yang didakwa sebagai orang ketiga.

Enggan emosinya terus diganggu, Puteri Sarah kemudiannya mengambil keputusan untuk memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun yang lepas.

Sebelum ini, Puteri Sarah turut mengakui sudah tidak lagi sebumbung dan mendakwa suaminya itu tahu mengapa dia bersikap ‘dingin’.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.