fbpx
Now Reading
Wajah Tiada Dalam Poster Utama Walaupun Pegang Watak Penting, Anak Penerbit Mat Kilau Tak Rasa Dipinggirkan

Wajah Tiada Dalam Poster Utama Walaupun Pegang Watak Penting, Anak Penerbit Mat Kilau Tak Rasa Dipinggirkan

Malah Ali Karimi sudah cukup berpuas hati apabila wajahnya dipamerkan dalam poster khusus untuk karakter-karakter yang menjayakan Mat Kilau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Ali Karimi yang juga anak kepada penerbit Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali menafikan dia berasa terpinggir gara-gara wajahnya tidak terpampang pada poster utama bagi mempromosi filem itu.

Ali Karimi yang membawa watak Brahim dalam filem itu berkata, tujuan dia menyertai produksi berkenaan adalah untuk memupuk semangat kepahlawanan, bukannya untuk meraih publisiti.

“Saya sebenarnya sudah cukup rasa bertuah kerana dapat berada bersama-sama barisan pelakon lain menjayakan filem Mat Kilau untuk menyampaikan mesej perjuangan . Bagi saya, itu yang penting.

“Saya bersyukur. Pasal wajah ada atau tidak dalam medium promosi antaranya poster, saya tidak kisah sangat.

“Sejujurnya sedikit pun saya tidak berasa dipinggirkan malahan saya rasa poster dikeluarkan sebegitu juga sudah cukup menarik untuk memberi impak yang sewajarnya,” kata Ali dipetik dari Boom.

Malah dia sudah cukup berpuas hati walaupun wajahnya sekadar dipamerkan dalam poster khusus untuk karakter-karakter yang menjayakan Mat Kilau.

“Memang ada wajah saya pada poster untuk karakter. Itu pun saya sudah bersyukur apatah lagi poster itu secara tidak langsung mula dikongsikan penonton,” katanya lagi.

Setakat ini, Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara kini bukan sahaja berjaya merampas kedudukan filem Munafik 2 sebagai filem tempatan terlaris, malah jumlah kutipannya terus meningkat mencecah RM50 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.