Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sebut sahaja Aeril Zafrel, pasti semua kenal dengan susuk tubuh ini. Bukan sahaja hebat di dalam lakonan malah perniagaannya juga berkembang maju.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal itu telah menerima penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor kerana telah menunaikan zakat melebihi RM50,000 yang didedikasikan kepada syarikatnya iaitu Respected Citizen Sdn Bhd.
Lembaga Zakat Selangor ucap terima kasih dan ajak orang ramai doakan Aeril
Perkara itu telah dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi hantarannya di dalam Facebook yang menzahirkan kesyukuran serta berterima kasih dan turut mengajak orang ramai mendoakan ushawan itu.
“Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong dan membantu asnaf di Selangor.
“Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau (Aeril Zafrel) terus subur untuk membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya di Facebook.
Aeril Zafrel ajak orang ramai tunaikan kewajipan
Dalam masa yang sama, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu di dalam Instagram turut meluahkan rasa syukurnya di atas anugerah yang diberikan serta mengajak orang ramai untuk menunaikan kewajipan.
“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada pusat zakat Selangor untuk tahun ini.
“Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,” tulisnya di dalam kapsyen.
Meninjau di ruangan komen di dalam Facebook Lembaga Zakat Selangor, ada yang memanjatkan rasa syukur serta menyatakan semoga apa yang dilakukan oleh pelakon itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan amal kebaikan.