fbpx
Now Reading
‘Hina Agama Adalah Jijik, Saya Tak Boleh Lagi Sokong Crackhouse’ – Afdlin Shauki

‘Hina Agama Adalah Jijik, Saya Tak Boleh Lagi Sokong Crackhouse’ – Afdlin Shauki

Dia menerusi satu hantaran di Facebook menegaskan tidak lagi mahu berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menghina agama di pentas lawak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kontroversi yang melanda kelab berunsur komedi terkenal, Crackhouse Comedy Club selepas seorang wanita membuka tudung dan pakaiannya di khalayak ramai sewaktu mengadakan persembahan di kelab tersebut ternyata menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan netizen, malah isu tersebut turut dibahaskan ramai selebriti tanah air antaranya pelawak, Harith Iskander, Shahrul Shiro dan Datuk Afdlin Shauki.

Namun pendapat yang diutarakan Afdlin menjadi kecaman orang ramai apabila salah satu hantaran di media sosialnya yang membantah penutupan sementara Comedy Crackhouse.

Malah penggunaan teori ‘kolam renang’ untuk memberi contoh berhubung isu tersebut menyebabkan ramai berpendapat Afdli sudah lari dari permasalahan utama iaitu penghinaan terhadap agama.

Afdlin ubah pendirian selepas terima maklumat

Namun terbaharu, pengarah terkenal itu dilihat mula mengubah pendiriannya selepas mula didedahkan dengan beberapa lagi info yang difahamkan berlaku di kelab tersebut.

Dia menerusi satu hantaran di Facebook menegaskan tidak lagi mahu berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menghina agama di pentas lawak.

Jika berterusan akan jadi barah

“Berdasarkan info-info yang terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam menerusi ‘live’ bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika berterusan, akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan menghina agama yang dibanggakan membuatkan saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!”

Kata Afdlin lagi, sokongan yang diberikan sebelum ini hanyalah demi menjaga kesinambungan rezeki rakan pelawak yang sememangnya memerlukan platform untuk membuat persembaha yang berkualiti tanpa menghina mana-mana invididu lain.

Cari platform lain untuk cari rezeki

“Sekarang ini nasihat saya pada pelawak-pelawak stand up (komediri), cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ini takkan selesai awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Saya mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki kalian terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ini membuatkan saya tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka,” ujarnya.

Terdahulu Crackhouse mengeluarkan satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya persembahan yang dilakukan wanita berkenaan.

Mereka dalam masa turut memaklumkan telah mengeluarkan arahan melarang individu terlibat dari kembali ke kelab tersebut sebaik persembahan selesai.

Susulan itu satu laporan polis juga telah dilakukan oleh pihak kelab di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.