fbpx
Now Reading
Ali Puteh Dakwa Ditipu, Berhenti Jadi Duta Ayam Kerana Tidak Dapat Bayaran
Ali Puteh dakwa ditipu, berhenti jadi duta ayam kerana tak dapat bayaran

Ali Puteh Dakwa Ditipu, Berhenti Jadi Duta Ayam Kerana Tidak Dapat Bayaran

Menurut pelawak itu, dia kesal kerana demi memberikan tumpuan sebagai duta dan usahawan ayam dengan syarikat tersebut, dia telah melepaskan peluang bernilai puluhan ribu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak dan juga pelakon, Ali Puteh memberitahu dia enggan dikaitkan lagi dengan sebuah pembekal ayam selepas dilantik menjadi duta produk itu sejak April lepas.

Keputusan itu dilakukan kerana tidak mahu nama terpalit dalam skandal penipuan syarikat berkenaan khususnya yang melibatkan hal bekalan ayam kepada peniaga serta pembeli, lapor Utusan Malaysia.

Tak nak ada pihak yang berdepan dengan masalah, akui kecewa dengan apa yang berlaku

“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

“Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” jelas pelawak itu.

Dah bagi komitmen penuh tapi tiada bayaran diterima

Ali yang juga merupakan adik kepada pelawak arwah Abam Bocey memaklumkan, dirinya kesal kerana tidak menerima sebarang bayaran yang dijanjikan sebagai duta meskipun telah memberi sepenuh komitmen.

Malah dia mengakui berasa ralat kerana telah melepaskan peluang bernilai puluhan ribu hanya untuk memberikan tumpuan sebagai duta serta usahawan ayam dengan syarikat seperti yang diminta.

Terima tawaran sebab diperkenalkan oleh seorang

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” ulas Ali.

Dah banyak kali cuba minta penjelasan tapi tidak berjaya

Menurut Ali, dia telah memeterai perjanjian yang sah dengan syarikat itu serta telah beberapa kali mahu mendapatkan penjelasan, namun ia menemui jalan gagal.

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.

Terima ada hikmah dan tak nak ada pihak yang menjadi mangsa

“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” kata Ali Puteh lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.