fbpx
Now Reading
Tak Sampai Berapa Jam Terima Notis Saman Fitnah, Netizen ‘Biadap’ Mohon Maaf Pada Puteri Sarah
Puteri Sarah Beri Notis Saman Fitnah, individu tampil mohon maaf

Tak Sampai Berapa Jam Terima Notis Saman Fitnah, Netizen ‘Biadap’ Mohon Maaf Pada Puteri Sarah

Permohonan maaf tersebut dikeluarkan tidak sampai beberapa jam selepas Puteri Sarah memuat naik hantaran mahu menyaman netizen berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa bulan yang lalu, nama pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan ekoran konflik rumah tangganya berhubung orang ketiga yang masih lagi dalam proses mahkamah.

Namun di sebalik usaha beliau untuk menyelamatkan rumah tangganya, masih ada segelintir netizen yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan spekulasi dan berita palsu tentang Puteri Sarah seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan aktres terbabit.

Sehubungan itu, Puteri Sarah menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin, 18 Julai memaklumkan telah menghantar satu notis saman fitnah kepada seorang netizen terlibat.

Kerap terima mesej berbentuk spekulasi

Menerusi laporan Kosmo, Puteri Sarah, 37, yang kerap menerima mesej yang berbentuk spekulasi serta fitnah daripada individu berkenaa kemudiannya memfailkan saman fitnah tersebut menerusi peguam yang dilantik, Natasha Basheer and Associates.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh.

“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.

“Jika ada pendapat sama ada baik mahupun buruk, hanya simpan pada diri anda atau cerita pada orang sekeliling sahaja,” tulisnya di dalam kapsyen.

Individu tampil mohon maaf secara terbuka

Namun tidak sampai beberapa jam posting tersebut dimuat naik, netizen berkenaan difahamkan telah tampil membuat satu permohonan maaf kepada Puteri Sarah.

Aktres berkenan menerusi satu hantaran di IG Story turut berkongsi permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan individu terbabit.

“Saya dengan ikhlas hati, ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting-posting IG saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumahtangga beliau.

“Saya telah menerima surat LOD (tuntutan) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarga,” tulisnya.

Mohon maaf kerana membuat Puteri Sarah terkesan & terasa hati

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut memohon maaf kerana telah membuatkan pelakon wanita itu terkesan dan terasa hati atas hantaran di IG Story dan mendoakan Puteri Sarah untuk diberikan ketenangan dan bahagia.

“Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan di permudahkan,” kata individu itu lagi.

Puteri Sarah dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut di atas permohonan maaf secara terbuka yang telah dilakukan.

“Permohonan maaf secara terbuka dari pihak sana. Thank you very much,” tulis Puteri Sarah dalam muat naik tersebut.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.