S P SETIA Anjur Konsert ‘Live Out Loud’ Di Setia Ecohill, Percuma & Terbuka Untuk Orang Ramai!

Bagi meraikan muzik dan kehidupan, syarikat hartanah terkenal, S P Setia bakal menganjurkan satu konsert di Setia Ecohill, Semenyih pada 3 September 2022 ini.

Diberi nama Setia ‘Live Out Loud’, konsert tersebut akan menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa terkenal seperti Datuk Zainal Abidin, Hael Husaini, Santesh, Nicholas Teo, Priscilla Abby, dan kumpulan pop The15.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) S P Setia, Datuk Choong Kai Wai dalam satu kenyatan berkata, beliau percaya konsert ini akan memberi satu semangat baru untuk ramai nikmati selepas hampir dua tahun kita terpaksa ‘berehat’ ekoran dari penularan pandemik Covid-19.

“Ianya ibarat musim bunga selepas musim sejuk. Di Setia, kami percaya bahawa kehidupan perlu diraikan, melalui program ‘Citizen Setia’, kami berhasrat untuk mempersembahkan konsert ini kepada semua pembeli dan penduduk yang sangat dihargai.”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia, Datuk Choong Kai Wai

Menurut beliau lagi, konsert yang dijangka menerima kehadiran 5,000 orang penonton itu diakan bersempena dengan pembukaan rasmi Pusat Membeli Belah Setia EcoHill, hab gaya hidup yang baru dibuka di Setia EcoHill, Semenyih.

Mengikut jadual, Konsert Setia ‘Live Out Loud’ yang dianjurkan secara percuma dan terbuka kepada orang ramai ini akan berlangsung pada 3 September, mulai jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Pusat Membeli Belah Setia EcoHill dengan ruang perniagaan sehingga 3 1⁄2 tingkat seluas 280,000 kaki persegi ini dijangka dibuka pada bulan September.

Ia akan menawarkan pelbagai produk perkhidmatan seperti medan selera, tempat hiburan dan rekreasi kepada lebih 600,000 penduduk dari Semenyih, Cheras Selatan, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Pasaraya besar Lulu, sebuah pasaraya yang terkenal di peringkat antarabangsa khususnya di Timur Tengah yang dimiliki oleh Lulu Group International juga telah mengesahkan menjadi penyewa utama bagi pusat membeli belah tersebut.

Selain itu pusat beli belah ini akan turut dilengkapi dengan pelbagai tawaran F&B termasuk jenama terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Tealive, Boost Juice, Llao Llao, Sangkaya, Secret Recipe, Sushi King, The Chicken Rice Shop, Texas Chicken, Ipoh Kacang Putih dan Kari Puff Abe Yus.

Penambahan terbaru kepada penyewa Pusat Membeli Belah Setia EcoHill adalah dari rangkaian Penjual Utama Telefon Bimbit berjenama ‘Apple’ dan rangkaian runcit pakaian berjenama F.O.S

Buat anda yang berminat, Konsert Setia ‘Live Out Loud’ kini dibuka untuk tempahan tiket secara percuma sejak dua hari lalu melalui https://liveoutloud.spsetia.com/ dengan pilihan berdiri bebas dan tempat duduk percuma berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat.

Untuk infomasi dan maklumat lanjut, ikuti Setia ‘Live Out Loud’ (@setialiveoutloud) di Facebook dan Instagram.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago