Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda sebelum ini mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengumuman mengundur diri dari industri hiburan.
Malah pengumuman itu telah dilakukan menerusi satu klip video yang dimuat naik dalam laman Instagram serta meminta orang ramai untuk menghebahkan perkara tersebut.
Beri gambaran akan sertai anggota kadet Tentera Udara AS
Terbaharu selepas hampir tiga bulan mengundurkan diri, bekas pelakon itu memuat naik satu hantaran di Instagram seperti memberi bayangan bahawa dia akan menyertai anggota kadet Tentera Udara Amerika Syarikat (AS
Dalam hantaran tersebut, Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand turut memuat naik beberapa gambar dan video serta memberi keterangan ringkas dengan menyatakan tiada yang mustahil untuk dicapai.
Tiada sebarang penjelasan daripada Sarah
Menerusi laporan Berita Harian, Sarah bagaimanapun tidak membuat sebarang penjelasan berhubung perkara tersebut.
“Saya sungguh bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini (so grateful for so much), tulisnya.
Kongsi keputusan ASVAB
Malah bekas pelakon itu turut berkongsi hasil ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperolehinya, mengambarkan dia sudah diterima menjadi anggota kadet Tentera Udara AS.
Foto: IG Sarah Hildebrand
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut di Instagram termasuklah selebriti telah mengucapkan tahniah kepada Sarah atas pencapaian tersebut.