
Pemilik Ruang Gig Angkasa Space Kecewa, Dakwa Terpaksa Tutup Operasi Selepas Diserbu DBKL
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemilik Ruang Gig Terkenal, Angkasa Space Luah Rasa Kecewa, Dakwa Terpaksa Tutup Operasi Selepas Diserbu DBKL.
Sejak semalam tular di media sosial satu perkongsian oleh pengasas bersama ruang acara muzik, Angkasa Event Space iaitu Mohd Zulhelmie Zullifan yang mendakwa operasi perniagaan premisnya terpaksa dihentikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Mohd Zulhelmie atau lebih dikenali sebagai Elmi, penutupan itu berlaku pada Ahad malam, 24 Julai selepas agensi terbabit melakukan serbuan ke atas premis mereka yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Menerus ciapan tersebut, Elmi turut berkongsi satu foto memperlihatkan dia berdiri di hadapan pintu masuk Angkasa Space yang kini ditutup dan disita dengan pelekat kuning DBKL, selain terdapat satu notis ‘Tutup Premis’ berwarna merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Akan buat ‘refund’ untuk tiket dan deposit sewa venue
Malah dia memaklumkan akan memulangkan semula (refund) bayaran bagi semua tiket dan deposit sewa ruangan yang telah diterima sebelum ini.
“Saya tak akan buat apa-apa. Saya akan pulangkan semua (duit) tiket persembahan akan datang. Deposit acara akan datang pun saya akan pulangkan.
“Saya akan lepaskan tempat ni. Sayang, tapi saya dah tak larat. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dari dahulu. Ni last foto kami,” ciapnya di Twitter.
I'm not going to do anything. Aku akan refund semua tiket future shows, future events punya deposit pun aku akan refund.
— Uncle Elmi (@ELMIELMO) July 24, 2022
I'm letting this place go. Sayang, tapi aku dah tak larat.
Thank you korang sebab sentiasa support kitorang dari dulu. Ni last photo kitorang. pic.twitter.com/eXBI9fpM7j
Meskipun cubaan kami untuk menghubungi Elmi tidak berhasil, dia dilihat tampil menerusi beberapa ciapan terbaharu berkongsi apa sebenarnya yang terjadi di premisnya.
Dakwa perlu keluar deposit RM30,000 untuk setiap bagi bagi memohon lesen hiburan
Menurut Elmi, penutupan itu ada kaitan dengan lesen hiburan untuk Angkasa Space yang amat dikenali di kalangan penggiat dan peminat muzik independent.
Tambahnya lagi, DBKL ada meminta pihaknya untuk memohon lesen hiburan yang bagi setiap acara yang ingin dianjurkannya. Namun kos pendahuluan bagi permohohan tersebut adalah RM30,000 yang menurutnya satu jumlah yang begitu besar.
DBKL suruh setiap gig buat lesen hiburan. Lesen hiburan kena bayar deposit DBKL RM30k. Nak dapat balik RM30k tu, kena tunggu lebih 4 bulan.
— Uncle Elmi (@ELMIELMO) July 24, 2022
Aku pernah buat, bukan tak pernah. RM30k tu bukan untuk orang dalam scene kita. Amount tu besar kot.
Kecewa tiada amaran
Apa yang lebih mengecewakan apabila dia mendakwa tiada amaran yang pernah diberikan sebelum ini sebaliknya pihak berkuasa sewaktu membuat serbuan terus mengeluarkan surat saman sebelum bertindak ‘menutup’ pintu premis.
“Aku cuma kecewa sebab tak ada amaran. Macam ‘okay kau salah ni, aku bagi kau seminggu, kau betulkan salah kau. Kalau tak, aku datang sita.’.
“Takde, Dia datang, dia suruh pack barang penting, dia issue surat saman, dia lock pintu,” luahnya lagi.
Yang best, korang semua datang Angkasa, masuk area belakang semua orang tanya kena buka kasut ke tak. Semua orang buka kasut. Dia orang semua selamba pakai kasut.
— Uncle Elmi (@ELMIELMO) July 24, 2022
Siap merokok dalam Angkasa. Mana pernah ada orang merokok dalam Angkasa weh? Orang DBKL pernah. ✅
Aku baru lepas jumpa dengan orang yang approve lesen Angkasa dulu. Dia suggest aku buat je lesen hiburan RM50k deposit + RM30k proses lesen apa semua.
— Uncle Elmi (@ELMIELMO) July 24, 2022
Kan best kalau ada banyak duit. 😮💨 and yes, saman kena bayar RM50k sebelum rayuan, baru boleh bukak pintu Angkasa balik.
Nampak macam kelab malam
Dia orang semalam cakap Angkasa tu macam "kelab malam". Sebab masa dia orang datang ada DJ tengah spin.
— Uncle Elmi (@ELMIELMO) July 25, 2022
Bila dia suruh crowd duduk, dia kata dekat aku, "ha kan dah nampak macam private party".
Aku cam what the fuck do… https://t.co/bWgs7BD3Zk
Beberapa foto sewaktu serbuan turut tular
Selain ciapan yang dilakukan oleh Elmi, turut tular beberapa lagi foto sewaktu serbuan tersebut dilakukan dipercayai dikongsi oleh pekerja dan pemuzik yang berada di sana pada malam kejadian.
sad news for the industry, sad news for me, sad news for everyone
— Aza• (@azaazmeerul) July 24, 2022
taktau apa solution utk ni pic.twitter.com/5yJOZJbWWg
Perkongsian-perkongsian tersebut yang tular dan sohor di Twitter ternyata menarik perhatian orang ramai memandangkan Angkasa Space sudah bertapak sejak 2019 malah telah menaikkan nama puluhan kumpulan muzik Independent di negara kita.
Jom buat gig di Angkasa! Harga package kami RM1000 untuk weekdays, dan RM1500 untuk weekends seperti yang tertera didalam grafik ini.
— ANGKA///SA EVENT SPACE (@AngkasaSpace) July 10, 2022
Hubungi kami untuk availability tarikh yang anda kehendaki.#AngkasaSpace pic.twitter.com/0PPSVmj1hk
Dalam masa sama, beberapa individu turut tampil meminta orang ramai agar bersama-sama menghulurkan bantuan antaranya dengan mengumpulkan dana awam selain menganjurkan majlis persembahan secara percuma agar team Angkasa Space dapat kembali bernafas dan meneruskan operasi mereka.
Setakat artikel ini ditulis, pihak kami sudah pun menghubungi DBKL dan masih menantikan maklum balas rasmi dari agensi terbabit.