fbpx
Now Reading
Shahrol Mahu Stesen Radio Lebih Profesional, Namun Komen Balas Ajak Shiro Curi Perhatian Ramai

Shahrol Mahu Stesen Radio Lebih Profesional, Namun Komen Balas Ajak Shiro Curi Perhatian Ramai

Malah Ajak turut mendakwa pernah ‘terkena’ dengan Shahrol yang memintanya untuk menolak tawaran dari stesen radio terbesar walhal dia sendiri menerima tawaran tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai perpindahan penyampai radio, Fizi Ali dari Suria FM ke Hot FM.

Isu tersebut terus menarik perhatian selepas Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin meluahkan rasa terkilan dengan keputusan tersebut memandangkan penghijrahan tersebut berlaku pada saat akhir.

Tidak lama kemudiannya, Fizi memohon maaf dan mengakui telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan Suria FM.

Isu ini yang dilihat suda reda bagaimanapun sekali lagi ‘panas’ selepas Shahrul Shiro yang juga bekas penyampai radio Suria FM tampil membuat satu kenyataan merasakan perbuatan stesen radio tersebut adalah tidak profesional seolah-olah sengaja memburukkan bekas pekerja mereka.

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram merasakan insiden itu mirip dengan apa yang berlaku sewaktu pengundurannya suatu masa dahulu.

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula. Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu,” luahnya panjang lebar.

Namun apa yang diluahkan Shahrol menjadi perhatian orang ramai selepas sahabatnya, Ajak Shiro turut tampil meninggalkan komen.

Ajak minta Shahrol tidak melagakan mana-mana pihak

Ajak yang merupakan penyampai Suria dilihat mempersoalkan tindakan Shahrol memuat naik kenyataan tersebut malah turut menasihatinya agar tidak ‘memanaskan’ situasi tersebut.

Komen Ajak itu kemudiannya dibalas oleh Shahrol yang merasakan dia hanya bersuara kerana tidak mahu ada pihak yang tertindas sepertinya dahulu.

Malah dia mendakwa, keputusannya ‘mengangkat kaki’ dari stesen radio tersebut telah membuka ruang rezeki buat Ajak sekeluarga.

Tambah Shahrol lagi, dia pasti akan turut bersuara sekiranya perkara sama berlaku kepada sahabatnya itu.

Ajak kurang senang dengan kenyataan Shahrol

Jawapan balas yang diberikan Shahrol bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang pada Ajak. Dia kemudiannya menafikan kenyataan Ajak dan menjelaskan dia hanya menyertai stesen berkenaan setahun selepas pengunduran Shahrol.

Malah dia menegaskan keputusan menolak tawaran pertama yang diterimanya dan rela tidak bekerja selama setahun demi adalah semata-mata untuk menjaga persahabatan mereka.

“Dalam perbincangan untuk tukar ‘gambar’ awak kepada saya, atas dasar sahabat, saya pilih menganggur dari ambil tempat awak. Saya juga merayu pihak Suria agar tidak terus saman awak atas masalah lama. Awak tak tahu kan sahabat,?” tulis Ajak kepada pasangannya di dalam kumpulan Shiro itu lagi.

Aak dakwa Shahrol pernah ‘pekena’ dirinya

Ajak kemudiannya turut membuat satu pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa pernah ‘terkena’ dengan Shahrol yang memintanya sepakat untuk menolak tawaran dari stesen radio terbesar walhal dia bertindak sebaliknya.

Terus berbalas komen

Komen yang diberikan dua sahabat ini ternyata mengejutkan netizen. Malah ramai tertanya-tanya apakah status hubungan mereka sekarang memandangkan umum mengetahui mereka berdua mula menceburkan diri ke dunia hiburan secara bersama.

Meskipun ada yang bersetuju dengan Ajak dan ada segelintir yang bersetuju dengan Shahrol, ramai lebih berharap agar hubungan kedua-dua pelawak ini kembali terjalin seperti biasa.

Menerusi pengamatan kami, komen-komen tersebut bagaimanapun telah dipadam. Namun Ajak ada meninggalkan satu komen memaklumkan semua perbualan itu telah pun ditangkap layar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.