fbpx
Now Reading
Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Setiap 3 Pagi , Diva AA Dakwa Disihir

Tapak Kaki Sakit Seperti Ditusuk Setiap 3 Pagi , Diva AA Dakwa Disihir

Azwan Ali menjelaskan dia pada mulanya menyangkakan ia hanyalah sakit kaki biasa sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA memaklumkan keadaan kesihatannya sedikit merosok sejak tiga bulan lalu gara-gara terkena buatan orang.

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa sihir itu dilakukan oleh seorang artis wanita veteran yang agak berpengaruh dalam industri hiburan.

Menerusi posting sama, dia turut berkongsi foto tapak kaki kanannya yang terkena buatan itu.

“Terima kasih semua atas doa kalian. Tapak kaki kanan yang disihir #TypicalNASTY. Artis wanita ex janda mereputt. Dah banyak sembuh! #noworries,” tulis Diva AA.

Mulanya ingat sakit biasa, tapi berlarutan setiap malam

Menerusi laporan Boom Malaysia, Diva AA menjelaskan dia pada mulanya menyangkakan ia hanyalah sakit kaki biasa sahaja.

Namun keadaan itu berlarutan di mana kakinya terasa seperti ditusuk benda tajam setiap hari pada pukul 3 pagi.

“Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih.

“Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya. Tiga bulan saya sakit dan awalnya saya tak perasan pun telah disihir. Ingatkan sakit kaki biasa je.

“Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya,” kata Azwan dipetik dari Boom.

Enggan dedah identiti, kenal pasti kerana wajah pelaku sering muncul ketika solat

Enggan mendedahkan identiti artis berpengaruh terbabit, Diva AA bagaimanapun menjelaskan dia mengetahui gerangan artis tersebut kerana wajahnya sering muncul ketika solat.

Namun menurut Azwan Ali lagi, artis terbabit bukanlah seseorang yang berkawan rapat dengannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.