fbpx
Now Reading
Muat Naik Hantaran Sinis, Pengarah Kembara Studio Tidak Pasti Adi Putra Hubungi Siapa
sukar dihubungi pengarah kembara studio tak pasti adi putra hubungi siapa

Muat Naik Hantaran Sinis, Pengarah Kembara Studio Tidak Pasti Adi Putra Hubungi Siapa

Menurut Penerbit dan Pengarah Urusan Kembara Studio dia tidak pasti siapakah yang dihubungi oleh pelakon berkenaan dan menunggu maklum balas dari kakitangannya perihal isu tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelakon Datuk Adi Putra memuat naik satu hantaran di Instagramnya yang berbunyi sinis ditujukan kepada Kembara Studio Sdn Bhd.

Menerusi hantaran tersebut Adi Putra seolah-olah mendakwa pihak Kembara Studio sukar dihubungi menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan menyindir mahu menghadiahkan telefon agar dapat memudahkan komunikasi.

“Andai tak cukup telefon kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu telefon agar mudah berkomunikasi dan berurusan,” kata pelakon itu dalam hantaranya.

Hantaran itu kemudiannya dibalas oleh pengendali akaun @filem_matkilau yang memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan bagi tindakan selanjutnya.

Tidak tahu berkenaan hantaran yang dimuat naik Adi Putra

Memetik laporan Harian Metro, perkara tersebut turut mendapat perhatian Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali memaklumkan bahawa dirinya baru sahaja mengetahui tentang hantaran tersebut dari kawannya pada pagi tadi (12 Ogos).

“Bukan saya.

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

“Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni depa (mereka) mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam,” jelasnya kepada Harian Metro melalui WhatsApp.

Hantaran mengundang persoalan, Abdul Rahman maklum tiada isu berbangkit

Hantaran itu dalam masa sama telah mengundang pelbagai tanda tanya sehingga ada yang membuat spekulasi perkara itu melibatkan bayaran serta pemberian bonus.

Abdul Rahman bagaimanapun, memaklumkan bahawa sebelum ini tiada apa-apa isu yang berbangkit.

“Tak ada apa-apa isu seelum ini,” katanya lagi.

Adi Putra minta hubungi pihak penerbitan

Pihak Harian Metro, turut menghubungi Adi Putra untuk pendapatkan penjelasan lanjut daripada pelakon terbabit, namun Adi meminta untuk menghubungi pihak penerbitan.

Sementara itu, Abdul Rahman memaklumkan bahawa filem berkenaan akan muncul di 200 pawagam di seluruh Indonesia mulai 31 Ogos manakala bagai tayangan perdana filem berkenaan akan dilakukan pada 26 Ogos di sana.

Sewaktu ditanya berkenaan kutipan ketika ini, jelasnya kini kutipan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencapai RM94.4 juta serta ia masih ditayangkan di negara ini.

Terdahulu, hantaran sinis daripada pelakon Adi Putra seperti kecewa apabila menyatakan tentang kesukarannya untuk berkomunikasi dan berurusan sehingga terpaksa munggunakan media sosial untuk memaklumkan perkara tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.