fbpx
Now Reading
“Kalau Selebriti Laju Saja Beri Komen” – Ifa Raziah Mahu Pendakwah Berlaku Adil Dalam Beri Teguran
Ifa Raziah berpendapat pendakwah tak sepatutnya pilih bulu

“Kalau Selebriti Laju Saja Beri Komen” – Ifa Raziah Mahu Pendakwah Berlaku Adil Dalam Beri Teguran

Menurut penyanyi itu, pendakwah tidak sepatutnya memilih bulu serta hendaklah bersikap adil jika mahu memberikan teguran kerana ia adalah untuk kebaikan semua pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan aksi seorang penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah yang sedang menari bersama beberapa selebriti lain di sebuah majlis.

Video tular itu turut mengundang perhatian ramai termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani yang bertindak menegur perbuatan artis berkenaan di dalam laman Facebook miliknya.

Baca artikel berkaitan: “Ingat Gelek Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah Isu ‘Dibayar Bergelek’

Berpendapat pendakwah perlu adil jika nak beri teguran

Susulan dengan teguran itu, penyanyi itu berpendapat seseorang pendakwah tidak sepatutnya memilih bulu sebaliknya perlu berlaku adil jika mahu memberikan teguran demi kebaikan semua orang.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ifa memaklumkan dirinya keliru kerana ada beberapa pendakwah yang lantang menegur dan memberikan komen apabila sesuatu perkara itu melibatkan selebriti.

Banyak pendakwah diam diri bila isu melibatkan pendakwah lain

Tetapi kebanyakannya memilih untuk mendiamkan diri jika sesuatu isu itu melibatkan rakan pendakwah mereka.

Jelasnya, pendakwah sepatutnya membimbing orang lain untuk membuat kebaikan dan tidak memilih bulu jika mahu menegur dalam menyampaikan ajaran Islam.

“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.

“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.

“Jika ada niat nak berdahwah, janganlah pilih buli. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” beritahunya kepada Utusan Malaysia.

Selalu berusaha untuk jaga hubungan dengan Allah SWT dan perbaiki diri

Penyanyi itu dalam masa yang sama, turut menyifatkan dirinya sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Walaupun, ada yang memandang hina, tetapi dia tetap berusaha untuk memperbaiki amalan untuk bekalan yang akan dibawa di kemudian hari.

Sebelum ini, media ada melaporkan bahawa Ifa Raziah mengakui dia dengan sengaja menunjukkan dirinya sedang mendirikan solat ketika membuat ‘live’ di laman media sosialnya.

Muat naik rakaman sedang solat kerana geram

“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.

“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” jelas Ifa Raziah lagi.

Tak akan maafkan orang yang kecam dan menghinanya

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dirinya akan memaafkan mereka yang mengecam dan menghinanya. Dia memaklumkan tidak akan memaafkan orang tersebut.

“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahyar nanti,” kata Ifa Raziah lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.