fbpx
model KLFW 2022 sudah terima bayaran

Buat Bantahan Isu Pembayaran Model KLFW 2022, Alicia Amin Maklum Model Sudah Terima Bayaran

Alicia Amin turut memaklumkan bahawa penganjur acara tersebut telah membuat bayaran kepada agensi permodelan, namun tidak pasti sama ada model bagi acara itu sudah menerima bayaran atau belum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, kecoh di media sosial apabila model dan pelakon, Alicia Amin bertindak membuat bantahan di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) berhubung dakwaan isu pembayaran model yang belum dijelaskan oleh pihak penganjur.

Tindakannya yang berdiri di hadapan pintu pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur sambil memegang satu plakad turut cuba dihalang oleh pengawal di situ agar ia dihentikan.

Model KLFW sudah dibayar

Terbaru, Alicia Amin memaklumkan susulan dari bantahan yang dilakukan, pihak penganjur KLFW telah bertindak untuk membuat bayaran kepada model yang terbabit dalam majlis tersebut, lapor Malaysiakini.

“Setakat pengetahuan saya, empat daripada model ada pengalaman belum di bayar sebelum ini, yang saya kenali secara peribadi, juga telah dibayar tepat pada masanya bagi tahun ini,” beritahunya kepada Malaysiakini.

Pihak penganjur sudah buat bayaran kepada agensi permodelan, namun tak pasti model sudah terima atau belum

Model terkenal itu bagaimanapun turut menyatakan bahawa penganjur KLFW iaitu Andrew Tan sudah membuat pembayaran kepada agensi permodelan, tetapi perkara itu masih tidak pasti adakah model yang terbabit dalam acara tersebut sudah menerima bayaran ataupun tidak.

Ini kerana setiap agensi mempunyai pengaturan yang tersendiri.

“Agensi tempatan yang saya boleh sahkan telah membuat bayaran ke akaun bank model iaitu Topboi Citizen,” kata Alicia.

Pada Khamis (18 Ogos) yang lalu, model terkenal itu memilih untuk bergerak sendirian untuk menjalankan bantahan berhubung isu pembayaran yang lambat kepada model yang telah bekerja dalam acara tersebut.

Malah, perkara itu turut dikongsikan olehnya di laman Instagram dan meminta agar kesemua model yang terlibat pada KLFW untuk memaklumkan kepadanya jiks mereka tidak dibayar dalam tempoh 24 jam.

Foto: IG Alicia Amin

Masih ada model event terdahulu yang belum dibayardia

Andrew Tan dalam masa sama turut mengaku berhubung isu kelewatan membuat bayaran kepada model tersebut minggu lalu.

Jelasnya, ia berkemungkinan kerana penganjur berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan pembayaran berkenaan mengikut ketetapan masanya “kelewatan daripada pihak pelanggan”.

Masih ada model yang belum dibayar

Alicia bagaimanapun, turut memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa masih ada lagi model bagi KLFW untuk tahun sebelumnya bermula 2015 yang belum lagi menerima bayaran mereka serta menyifatkan Andrew Tan perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu.

“Walapun dah bayar model untuk peragaan tahun ini, masih ada model yang dia berhutang dari tahun-tahun sebelumnya yang belum dibayar.

“Sesetengah daripada mereka menghubungi saya hari ini selepas catatan saya (di Instagram), jadi dia (Andrew Tan) belum terlepas,” beritahunya.

Tambah wanita itu lagi, dia telah memaklumkan berhubung isu pembayaran yang tidak dijelaskan ini secara peribadi terhadap Andrew Tan.

“Dia mengakui sedia maklum,” jelasnya lagi.

Malaysia kini turut cuba untuk mendapatkan Tan berhubung isu ini bagi mendapatkan komen.

Alicia gembira isu bertahun dapat diselesaikan

Sementara itu, Alicia turut memuat naik satu hantaran yang memaklumkan dia gembira masalah yang telah berlarutan lama ini dapat diselesaikan dengan 15 minit plakad yang dipamerkan oleh seorang model yang berani.

“Saya gembira masalah jangka panjang ini diselasaikan dengan 15 minit plakad yang dipamerkan di udara oleh seorang model gila yang tidak tahu malu.

“Kini semua orang boleh menghadiri KLFW pada tahun yang akan datang dan mengetahui model akan dibayar. Tiada apa yang dapat menyelesaikan kesusahan dan kekecewaan model yang menunggu dan mengejar wang mereka selama ini.

“Walaupun itu adalah antara Andrew Tan dan mereka, tetapi ini adalah satu langkah ke hadapan,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Ucap terima kasih kepada mereka yang sudah berkongsi tentang isu tersebut

Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada semua yang berkongsi berhubung isu itu dan akan membuat susulan dengan semua orang yang belum mendapatkan bayarannya dari tahun sebelumnya.

Alicia turut memberitahu jika ada di antara mereka yang memerlukan peguam juga boleh memberitahunya dan merasakan Andrew Tan akan menjelaskan semua bayaran itu serta memaklumkan akan memerhati dengan teliti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.