fbpx
Now Reading
“Kita Manusia Tak Sempurna” – Terpalit Pelbagai Kontroversi, Ifa Raziah Akhirnya Minta Maaf

“Kita Manusia Tak Sempurna” – Terpalit Pelbagai Kontroversi, Ifa Raziah Akhirnya Minta Maaf

Menurut Ifa Raziah, tindakan itu diambil atas kerelaan hatinya, tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dangdut, Ifa Raziah antara yang hangat diperkatakan di media sosial.

Bermula dari video bergelek pada satu majlis aqiqah milik seorang usahawan kontroversi, kisah Ifa Raziah terus meniti di bibir pengguna media sosial khususnya peminat dunia hiburan selepas dia dilihat bermati-matian mempertahankan tindakannya dan menjelaskan itu adalah carai dia mencari rezeki.

Isu ini kemudiannya terus hangat selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tampil menegur jawapan yang diberikan Ifa berhubung isu tersebut.

Selain Dusuki, perbuatan Ifa turut mendapat perhatian seorang lagi pendakwah popular, Ustazah Asma Harun.

Baca artikel berkaitan :

Ingat Gelek Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah Isu ‘Dibayar Bergelek’

“Kalau Selebriti Laju Saja Beri Komen” – Ifa Raziah Mahu Pendakwah Berlaku Adil Dalam Beri Teguran

Mohon maaf atas kerelaan hati

Terbaharu, Ifa Raziah tampill memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terkesan dengan kontroversi tersebut.

Dia yang ditemui media sewaktu konsert pengenalan program realiti, Terpaling Juara berkata, tindakan itu diambil atas kerelaan hatinya dan tanpa paksaan mana-mana pihak.

Sudah maafkan semua yang mengecam

Malah dia dalam masa sama turut memaklumkan sudah memaafkan semua pihak yang mengecamnya berhubung kontroversi yang timbul.

“Dengan ikhlas daripada hati, saya dengan rendah diri mohon maaf. Kita manusia tak sempurna.

“Tak rugi saya minta maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau saling bermaafan, rezeki lebih bertambah.

“Kepada mereka yang terguris dengan kenyataan saya, tak suka tengok keterlanjuran video, saya mohon maaf,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Nak mohon maaf di atas pentas, tapi tak sempat

Tambah penyanyi berusia 47 itu lagi,  dia sebenarnya mahu membuat permohonan maaf sebaik selesai melakukan persembahan, namun tidak berkesempatan justeru mengambil peluang itu sewaktu ditemubual.

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Saya mahu meletakkan titik noktah, memandangkan ramai yang tidak suka.

“Saya tidak akan muat naik apa-apa hantaran yang boleh mengundang kecaman,” kata Ifa Raziah lagi.

“Lebih baik saya move on”

Mengakui apa yang timbul adalah lumrah bergelar seorang penghibur, Ifa turut berharap permohonan maafnya dapat menamatkan segala kontroversi yang ada.

“Ini asam garam anak seni. Lebih baik saya ‘move on’ daripada isu ini. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun mahu melangkah ke hadapan.

“Apa yang penting, saya bersyukur persembahan saya ketika menyampaikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain pada minggu pertama berjalan lancar,” katanya.

Menyifatkan kontroversi terjadi sebagai lumrah anak seni, Ifa berharap tindakannya dapat menamatkan segala kontroversi yang tercetus.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.