fbpx
Now Reading
Tak Perlu Risau Berdandan, Jasmin Suraya Rasa Tenang Ketika Memakai Hijab
Jasmine Suraya suka pakai tudung, rasa tenang

Tak Perlu Risau Berdandan, Jasmin Suraya Rasa Tenang Ketika Memakai Hijab

Jelas pelakon jelita itu, setiap kali memegang watak yang perlu memakai tudung ia sering membuatkannya teringat kepada satu jubah yang dipakainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pelakon jelita Jasmine Suraya telah memuat naik satu hantaran di InstaStory miliknya yang menunjukkan dia memakai jubah dan hijab di kepalanya.

Apa yang lebih menarik, dia juga memaklumkan bahawa dirinya suka memakai hijab kerana secara tidak langsung ia memberi ketenangan kepadanya.

Selalu teringat pada satu jubah, akui suka pakai hijab

“Apabila saya melihat diri saya memainkan watak yang memakai tudung, saya selalu teringat kepada satu jubah yang saya gunakan baru-baru ini di sebuah majlis yang istimewa.

“Sejujurnya, saya suka memakai tudung, secara tidak langsung ia seperti mempunyai ketenangan di dalam diri dan rasa macam tranquil juga.

Mudah dan selesa

“Dan tak perlu risau nak berdandan banyak sangat. Ia membuatkan rasa mudah dan selesa,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Foto: IG Story Jasmine Suraya

Terdahulu, pelakon kelahiran Kuching, Sarawak itu dilihat tampil berhijab dn berjubah begitu ketika menghadiri satu majlis agama yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.

Bukan itu sahaja, kehadirannya yang berpakaian penuh sopan itu turut menarik perhatian dan pujian ramai kerana meskipun menganuti agama lain tetapi ia tidak menghalangnya untuk menyertai majlis tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.