Telan Belanja Sehingga RM6 Juta, Abang Long Fadil Temui Penonton 8 September Ini

Filem sekual Abang Long Fadil 3 yang diterbitkan dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia iaitu Skop Production Sdn. Bhd dan Astro Shaw bakal menemui penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 8 September ini.

Apa yang lebih menarik filem yang bergenre aksi komedi ini menjanjikan aksi yang lebih gempak, lebih impak, dan lebih komedi yang pastinya membuatkan korang tidak kering gusi dengan lawak-lawak yang diselitkan.

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 Juta.

Sinopsis ringkas

Jika sebelum ini, filem sekuel bagi Abang Long Fadil 1 dan 2 lebih kepada dunia gengster dan mafia, kali ini Syafiq Yusof membawa sedikit kelainan apabola membawa satu dunia baru Fadil yang menjadi spy kepada NSS (National Secret Service).

Menerusi filem ini, Fadil yang dibintangi oleh tunggak utama iaitu Zizan Razak telah ditugaskan untuk membongkar kejahatan Chaw Han (Johan) demi keselamatan negara di mana dalam masa yang sama dia juga di buru oleh King Cobra yang mahu membalas dendam lama.

Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menjadi perisik, Fadil juga turut di duga untuk mendapatkan semula kepercayaan Yana yang merupakan kekasihnya yang terluka kerana salah faham yang berlaku.

Foto: Astro Shaw

Telan belanja RM6 juta, paparkan babak letupan sebenar

Bukan hanya menjanjikan aksi yang lebih menarik tetapi filem yang menelan belanja sehingga RM6 juta dan mengambil masa selama 77 hari ini turut memaparkan babak letupan yang sebenar di mana ia tidak menggunakan teknik CGI mahupun VFX.

Malah kami yang berpeluang menyaksikan filem ini sewaktu Gala Premier di TGV KLCC turut berasa terhibur dan teruja dengan aksi-aksi stunt yang dilakukan oleh para pelakon kerana kualitinya yang setaraf dengan filem antarabangsa.

Selain Zizan, filem Abang Long Fadil 3 ini turut menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Johan, Elizebeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, dan banyak lagi. Selain itu Hairul Azreen juga akan turut membuat penampilan istimewa.

Trailer

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

57 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 hour ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 hour ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago