fbpx
Now Reading
Shuib Sertai Suria FM, Bergandingan Bersama Ajak dan Suraya Sebagai Penyampai Morning Morning Suria

Shuib Sertai Suria FM, Bergandingan Bersama Ajak dan Suraya Sebagai Penyampai Morning Morning Suria

Segmen ‘Morning Morning Suria’ yang menggandingkan Shuib, Ajak dan Suraya sebagai penyampai akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Teka-teki mengenai siapakah penyampai baharu yang akan menggantikan Fizi Ali bagi segmen pagi di Suria FM akhirnya terjawab apabila pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu diumumkan sebagai ahli keluarga terbaharu stesen radio tersebut bermula hari ini, Isnin 29 Ogos 2022.

Dengan pengumuman tersebut, Shuib kini akan bergandingan bersama Suraya Borhan dan Ajak bagi menceriakan para pendengar bagi segmen Morning Morning Suria yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Menurut Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta, DJ Lin, pelantikan Shuib diharap dapat memberi lebih warna dan memantapkan barisan penyampai radio popular tersebut.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” kata DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid.

Shuib buat Majlis Kesyukuran sempena penyertaan sebagai penyampai Suria FM

Dalam pada itu, Shuib pada Ahad petang (28 Ogos) turut menganjurkan satu majlis kesyukuran bersempena dengan penyertaannya sebagai penyampai terbaharu di radio berkenaan bertempat di pejabat operasi, LOVETA by Siti Sarah di Prima Bizwalk, Puchong.

Bacaan Doa serta Tahlil diketuai oleh Ustaz Tarmizi yang juga kakitangan radio berkenaan.

“Pihak Suria Fm mengucapkan jutaan terimakasih kepada Shuib sekeluarga kerana sudi menjemput keluarga Suria Fm hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini dan moga semua pihak sudi mendoakan agar perjalanan karier Shuib sebagai Penyampai Radio di Suria Fm bermula esok (hari ini) akan dipermudahkan Allah dan moga mendapat reaksi positif serta sokongan padu dari pendengar.”

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.