fbpx
Now Reading
“Saya Ni Jenis Forgive And Forget”- Adi Putra Jelaskan Tiada Masalah Dengan Studio Kembara
Adi Putra & Studio Kembara tiada masalah

“Saya Ni Jenis Forgive And Forget”- Adi Putra Jelaskan Tiada Masalah Dengan Studio Kembara

Jelas Adi Putra dia telah memaafkan dan melupakan berhubung konflik yang berlaku antara dirinya dan Studio kembara malah turut mengahdiri tayangan gala filem Mat Kilau atas jemputan CBI Indonesia dan demi sahabatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon yang terkenal dengan watak sebagai Mat Kilau, Datuk Adi Putra sebelum ini memaklumkan tidak akan menghadiri tayangan gala bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos lalu.

Perkara itu diberitahu olehnya selepas berasa terkilan dengan syarikat penerbit Studio Kembara Sdn Bhd yang bersikap ‘silent mode’ serta tidak menjawab panggilan telefonnya selama dua minggu

Namun, dia turut memaklumkan akan menghadiri tayangan tersebut jika ada jemputan dari pihak ketiga termasuklah daripada pihak Indonesia.

Baca artikel berkaitan: Adi Putra Nekad Tidak Akan Ke Jakarta, Maklum Masih Rasa Terkilan

Maklum tak simpan dalam hati

Terbaharu, Adi dilaporkan sudah pun berada di sana. Malah dia memaklumkan sudah tidak menyimpan dalam hati terhadap apa yang sudah berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, dia turut menyatakan hubungannya dengan pihak Studio juga dalam keadaan baik sewaktu menghadiri tayangan gala filem tersebut di sana.

“Saya tak simpan dalam hati.

“Saya tak ada masalah dah dengan mereka. Tak tahu lah kalau sebelah sana macam mana.

“Kalau dalam erti kata ukhwah, saya bersilaturahim. Di sana, kami ada berjumpa dan seperti sedia kala, alhamdulillah. Kami juga bercakap macam biasa, tak ada satu perasaan marah atau simpan. Profesional sahaja,” jelasnya kepada Harian Metro.

Hadir ke tayangan gala kerana dijemput CBI Indonesia dan demi Yayan

Jelas pelakon itu, kehadirannya ke tayangan tersebut adalah kerana jemputan pihak CBI Indonesia, pelakon Yayan Ruhian serta Finas dengan menggunakan kos belanja sendiri.

“Saya ke sana dengan kos sendiri. Saya siap belanja Johan untuk turut serta. Bagi saya, kami bersahabat dan sahabat saya ada di sana. Demi untuk Yayan dan Syamsul pun hadir.

“Mereka sahabat saya, jadi sebagai sahabat apa yang diajar dalam Islam, itulah erti sahabat.

“Kalau kawan mungkin berbunyi lain, tapi sahabat itulah persahabatan,” jelasnya lagi.

Dah lupakan apa yang terjadi, mahu terus pandang ke depan

Sewaktu ditanya adakah masalah yang berlaku dibincangkan oleh pihak Studio Kembara ketika berada disana, Adi menyatakan dia telah melupakan hal tersebut.

“Mana yang kenal saya, saya ni jenis ‘forgive and forget’. Perkara yang lepas tu, kita ni hidup ke depan, bukan ke belakang. Dan tidak ada nak gunakan satu benda untuk ‘counter back’. Itu bukan prinsip saya.

“Bila kita hidup mara ke depan, tidak adalah nak imbas balik atau terngiang-ngiang benda yang tak seharusnya atau negatif. Kita ambil sudu positid. Mudah-mudahan filem ini berjaya di pasaran Indonesia,” maklum pelakon utama Mat Kilau itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.