fbpx
Now Reading
“Mungkin Muka Lebih Kurang Sama” – Video Tak Senonoh Tular, Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

“Mungkin Muka Lebih Kurang Sama” – Video Tak Senonoh Tular, Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Bapa kepada Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli tampil menafikan dakwaaan berkenaan dan menjelaskan mendapati latar belakang video tersebut berbeza dari rumahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video memperlihatkan aksi kurang senonoh seorang remaja lelaki yand didakwa menyerupai pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika.

Penularan video tersebut ternyata menarik perhatian ramai namun rata-rata dilihat tidak mempercayai bahawa individu berkenaan adalah Adam Mika.

“Bukan Adam Mika”

Peka dengan isu tersebut, bapa kepada Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli kemudiannya tampil menafikan dakwaaan berkenaan.

Menurut laporan mStar, Mohd Adli sudah meneliti rakaman tersebut dan mendapati latar belakang video tersebut berbeza dari rumahnya.

“Saya dah tengok video tu, yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baharu dan dalam video itu nampak macam rumah kampung. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu,” kata Mohd Adli.

Sentiasa pantau aktiviti anaknya, Adam tak tahu kontroversi yang timbul

Malah sebagai bapa, Adli menegaskan yang dia sentiasa memantau aktiviti harian anaknya selain Adam sendiri tidak mempunyai akaun media sosial. Tambahnya, Adam juga tidak mengetahai dakwaan yang tular itu sehinggalah dia memberitahunya.

“Dalam telefon bimbit, iPad, laptop memang tak ada Instagram, Twitter dan Telegram. Semua tak ada. Memang saya tak bagi dia ada benda-benda macamtu.

“Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia, tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa,” ujarnya lagi.

Muka mirip hingga timbul kekeliruan

Tambah Mohd Adli lagi, video tersebut mencetuskan kekeliruan apabila si pelakui mempunyai rupa yang mirip anaknya.

“Mungkin muka lebih kurang sama, mungkin dia (pelaku) tak pakai cermin mata tapi dia pakai spek mata untuk menyerupai Adam, saya tak pasti.”

Buat laporan polis

Dalam pada itu Nik Mohd Adli turut menjelaskan yang dia sudah membuat satu laporan polis bagi redakan keadaan.

“Laporan polis telah dibuat bagi menjernihkan perkara ini. Saya tak kisah akan rezeki kerana ianya datang dari Allah bukan peminat. Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya.”

Tak tolak kemungkinan Adam undur diri dari dunia hiburan

Mengakui kecewa dengan apa yang terjadi, Nik Mohd Adli tidak menolak kemungkinan yang Adam akan berundur dari dunia hiburan.

Tambahnya, Adam mungkin akan mencuba meneroka sesuatu yang baru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.