fbpx

Tahniah! Sharifah Amani Selamat Bergelar Isteri Ahmed Faris [Video]

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Al-Yahya disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Sharifah Amani, yang selamat disatukan dengan lelaki pilihannya Ahmed Faris, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Al-Yahya disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, bersama keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka dalam satu majlis tertutup di ibu negara pada pagi Sabtu (10 September).

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan lima hantaran dulang yang dibalas tujuh oleh Pemenang Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 melalui filem Gubra pada 2006.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Majlis berkonsep rona putih dengan tetamu seramai 200 orang itu turut diserikan dengan kehadiran rakan selebriti dan beberapa ahli politik.

Sebelum ini, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 24 Jun dan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas mendapat persetujuan kedua belah keluarga.

Sekali lagi BuzzKini ingin mengucapkan tahniah kepada Sharifah Amani dan Ahmed Faris.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.