fbpx
Now Reading
Janna Nick Minta Maaf, Akui Miming Di Pentas AIM23 Kerana Masalah Kesihatan

Janna Nick Minta Maaf, Akui Miming Di Pentas AIM23 Kerana Masalah Kesihatan

Perkara itu disedari peminat dua hiburan selepas nyanyiannya sewaktu mempersembahkan lagu Gatal itu disifatkan orang ramai sebagai ‘perfect’ malah menyerupai versi studio.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/yjtbby/status/1568963220836331530

Sejak semalam, nama pelakon dan penyanyi, Janna Nick menjadi perbualan ramai penggguna media sosial selepas dia dikesan melakukan miming sewaktu mengadakan persembahan di Pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23.

Perkara itu disedari peminat dua hiburan selepas nyanyiannya sewaktu mempersembahkan lagu Gatal itu disifatkan orang ramai sebagai ‘perfect’ malah menyerupai versi studio.

Isu ini menyebabkan Janna teruk dikecam hingga ada yang menyifatkan dia memalukan diri sendiri selain merendahkan kualiti AIM yang cukup dikenali sebagai pentas gah dan berprestij.

Peka dengan isu tersebut, Janna kemudiannya tampil memohon maaf selepas ada yang menganggap tindakannya telah memalukan AIM23.

Dia yang tampil menerusi satu muat naik di Instagram berkata, dia terpaksa melakukan miming kerana berdepan masalah kesihatan selepas dijangkiti Influenza sejak dua minggu lalu.

Jelas Janna, dia sudah lama mengimpikan peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air.

Namun dia tidak menyangka keputusannya untuk menerima peluang tersebut dalam keadaan kesihatan kurang memuaskan akhirnya memakan diri.

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu. 

“Namun, saya tetap meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2, kerja kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun sudah dinasihati doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri,” kata Janna.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.