fbpx
Now Reading
Pelakon & Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Pelakon & Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Khabar duka tersebut disahkan oleh pembantu peribadi (PA) adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar dan pelakon Lizawati Hamdan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Aman Shah Abu Kassim pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung.

Menurut laporan Utusan, Allahyarham Aman Shah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 2 petang, Rabu, 14 September.

Khabar duka tersebut disahkan oleh pembantu peribadi (PA) adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar.

“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Dia terjatuh selepas menjalani pembedahan malam tadi.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.

Perkara tersebut turut disahkan pelakon, Lizawati Hamdan yang kini berada di IJN.

“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.

Dijangka dikebumikan sebelum solat maghrib

Menurut laporan Awani pula, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik selesai dimandi dan dikafankan.

“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata anak sulung arwah, Hadzly.

Sekitar Oktober tahun lalu, arwah telah dimasukkan ke Hospital Melaka selepas mengalami serangan jantung di rumah kakaknya di Cheng Perwira, Melaka.

Selain popular dalam dunia lakonan menerusi filem Darah Satria, Aman Shah juga begitu dikenali dengan lagu Adikku Pandai Menari dan Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.