fbpx
Now Reading
“Lain Semua Malaikat, Saya Bukan” – Zul Ariffin

“Lain Semua Malaikat, Saya Bukan” – Zul Ariffin

Terdahulu Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di akaun media sosialnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, pelakon, Zul Ariffin hari ini (4 Oktober) telah didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di akaun media sosialnya.

Keputusan itu dijatuhkan selepas dia membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.

Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin bagaimanapun meminta orang ramai khususnya para pelakon agar menjadikan beliau sebagai contoh agar berhati-hati memuat naik sebarang perkongsian di laman sosial meskipun ia bagi tujuan promosi.

“Kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan itu, jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua orang di luar sana termasuk pelakon.

“Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh. Muat naik gambar ‘selfie’ pun sudah memadai. Tak rugi apa pun,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Ditanya sama ada dia akan mengambil tindakan susulan terhadap pihak dipercayai memintanya memuat naik video itu, Zul bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan kerana tidak mahu membuang masa orang ramai.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran. Orang pun tahu sebab semua tengok. Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.”

Terdahulu sekitar Mac lalu, Zul Ariffin teruk dikecam orang ramai selepas memuat naik klip ‘adegan panas’ dalam mempromosikan drama lakonannya yang bertajuk ‘Perempuan Itu’.

Dia kemudiannya tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial.

Namun Zul dalam permohonan maaf itu tidak menjelaskan siapakah ‘pihak’ yang telah memberinya bahan kontroversi tersebut.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.