fbpx
Now Reading
“Tiada Siapa Malaikat Dan Syaitan” – Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Yang Suruh Upload Video

“Tiada Siapa Malaikat Dan Syaitan” – Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Yang Suruh Upload Video

Menurut Erma Fatima, seorang pelakon perlu menggunakan kewarasan akal sebelum melakukan sesuatu perkara meskipun ianya adalah arahan daripada orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Oktober) aktor terkenal Zul Ariffin telah didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di akaun Instagram miliknya.

Zul yang ditemui media selepas selesai sesi di mahkamah kemudiannya menjelaskan telah membuat pengakuan bersalah kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan dan membazirkan masa mana-mana pihak selain mengakui kesalahannya kepada yang Maha Esa.

Malah dia memaklumkan tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjutan terhadap pihak lain yang terlibat yang telah memintanya memuat naik kandungan tersebut.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran. Orang pun tahu sebab semua tengok. Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.”

Zul Ariffin

Baca artikel berkaitan :

Zul Ariffin Didenda RM30,000, Mengaku Bersalah Muat Naik Video Sumbang

“Lain Semua Malaikat, Saya Bukan” – Zul Ariffin

Tiada malaikat atau syaitan – Erma Fatima

Memetik laporan mStar, Erma Fatima yang juga produser dan penerbit drama Perempuan Itu menjelaskan tidak tahu kepada siapakah mesej itu ditujukan.

“Hanya dia (Zul Ariffin) sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia buat begitu. 

“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan…ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.

“Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain,” katanya.

Perlu guna kewarasan akal

Mengulas mengenai denda yang dikenakan terhadap Zul, Erma berkata, kesilapan aktor berkenaan adalah kerana memuat naik video tersebut.

Jelasnya sebagai seorang pelakon, dia perlu menggunakan kewarasan akal sebelum melakukan sesuatu meskipun ianya adalah arahan daripada orang lain.

“Ini bukan masa untuk menunding jari dengan menyatakan kau syaitan aku malaikat. Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh.

“Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tak akan membodohkan diri kita untuk buat sesuatu atas arahan siapa pun.

“Bagi saya bukan Zul sorang yang bersalah..salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tapi dia yang muat naik video itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.