fbpx
Now Reading
“Kalau Tak Nak Upload Kenapa Bagi Final Version Pada Pelakon?” – Harith Iskander

“Kalau Tak Nak Upload Kenapa Bagi Final Version Pada Pelakon?” – Harith Iskander

Erma Fatima sebelum ini berpendapat Zul Ariffin sebagai seorang pelakon seharusnya bijak menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan meskipun ia adalah arahan daripada orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui pelakon terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini telah didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik klip video yang memaparkan elemen sumbang dipercayai dari drama ‘Perempuan Itu’ di Instagram pada Mac lalu.

Menurut Zul, dia memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan dan membazirkan masa mana-mana pihak selain mengakui kesalahannya kepada Yang Maha Esa.

Dia secara sinis turut menyifatkan orang lain sebagai malaikat namun tidak dirinya kerana tampil mengakui kesalahannya.

Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian penerbit terkenal, Erma Fatima yang juga produser bagi drama Perempuan Itu.

Menurut Erma, dia tidak tahu mesej berkenaan ditujukan kepada siapa sebaliknya dia percaya hanya Zul sahaja yang tahu.

Namun dia merasakan, Zul sebagai seseorang pelakon seharusnya bijak menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan meskipun ia adalah arahan daripada orang lain.

Baca artikel berkaitan :

“Lain Semua Malaikat, Saya Bukan” – Zul Ariffin

“Tiada Siapa Malaikat Dan Syaitan” – Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Yang Suruh Upload Video

Siapa sangka, kenyataan yang dikeluarkan Emma akhirnya turut mendapat perhatian rakan selebriti, Harith Iskander.

Dia yang tampil menerusi satu perkongsian di Instagram, meluahkan rasa keliru dengan apa yang berlaku.

Malah Harith turut mempersoa;kan tindakan pihak berkaitan memberikan klip ‘final version’ kepada pelakon sekiranya mereka tidak mahu ianya dimuat naik ke media sosial.

“Ok, saya keliru. Saya tahu Zul Ariffin muat naik video tersebut. Tapi, siapa bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip dan penyuntingan video? Kalau tak nak diupload (dimuat naik), kenapa beri final version kepada pelakon?” soal Harith.

Dia dalam masa turut meminta pihak terlibat untuk menjelaskan perkara berkenaan sekaligus membetulkan segala kekeliruan.

“Mungkin seseorang boleh perjelaskan kepada saya. Mungkin saya terlepas sesuatu,” kata pelawak itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang turut bersetuju dan keliru dengan situasi yang berlaku serta ada juga yang mendakwa pihak terlibat seolah-olah sengaja lepas tangan dengan apa yang telah terjadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.