Tular Klip Video Lesti Kejora Hampir Dibaling Bola Snooker Oleh Rizky Billar [Video]
Walau bagaimanapun, Lesti menjelaskan bola itu tidak terkena kepadanya kerana Rizky pada ketika itu terjatuh sebelum sempat membaling bola tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pertelingkahan yang terjadi di antara penyanyi dangdut Indonesia iaitu Lesti Kejora, 23, dan suaminya, Rizky Billar, 27, ternyata meraih perhatian orang ramai di media sosial.
Malah, pada awal bulan Oktober lalu, Lesti dikatakan telah menerima rawatan di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat, Indonesia, setelah menjalani pemeriksaan oleh Polis Metro Jakarta Selatan tentang laporan terhadap Rizky.
Lesti dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian lehernya.
Sementara itu, menurut laporan, wakil dari Balai Polis Jakarta Selatan memaklumkan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 dan 30 September di Cilandak, Jakarta Selatan.
“Kejadian bermula selepas mangsa memberitahu suaminya dia mengetahui tentang hubungan sulit dan kemudian berlaku pertengkaran. Pergaduhan terjadi sebanyak dua kali iaitu pada 28 dan 30 September,” jelas individu berkenaan.
Rizky sebelum ini pernah bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekik Lesti sehingga terjatuh di atas lantai.
Kes ini juga dilaporkan masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Klip Video Lesti Hampir Dibaling Bola Snooker Oleh Rizky Billar Mula Tular
Baru-baru ini, akaun Instagram @detikcom memuat naik satu klip CCTV yang menunjukkan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh Rizky Billar terhadap Lesti Kejora apabila dia dilihat membaling bola snooker kepada Lesti di hadapan khalayak ramai.
Kejadian itu turut menunjukkan dengan jelas sikap panas barannya terhadap seorang isteri.
Menurut tarikh yang terpapar menerusi klip video CCTV berkenaan, ianya telah berlaku pada 29 Oktober 2021. Walau bagaimanapun, Lesti menjelaskan bola itu tidak terkena kepadanya kerana Rizky pada ketika itu terjatuh sebelum sempat membaling bola tersebut.
Keluarga Lesti Tak Maafkan
Laporan Tribun News menyatakan bahawa bapa kepada Lesti iaitu Endang Mulyana tidak akan memaafkan perbuatan yang dilakukan oleh Rizky kepada puteri tunggal mereka.
Endang juga didakwa menyuruh Lesti untuk segera memfailkan permohonan cerai terhadap Rizky selepas apa yang berlaku terhadap dirinya. Perkara tersebut didedahkan secara langsung oleh bekas pekerja Lesti dan Rizky yang bernama Mapud.
“Keluarga Lesti amat sedih dengan kejadian itu, malah ibu dan ayahnya juga menangis,” jelas Mapud.
Rizky Billar Sudah Jatuhkan Talak Buat Lesti Kejora Tanpa Sengaja
Kontroversi pasangan suami isteri ini yang membanjiri media sosial semakin hangat diperkatakan apabila pelakon itu didakwa sudah melafazkan talak kepada isterinya tanpa sengaja.
Menurut laporan Kosmo, peguam Rizki iaitu Adek Erfil Manurung menjelaskan bahawa Rizky tidak sengaja melafazkan talak ketika pasangan itu sedang bertengkar.
“Mereka bergaduh pada pukul 5 pagi, Lesti mengamuk. Rizky kemudiannya ke bilik air bagi menenangkan diri. Ketika dia ke bilik air, Lesti terus mengamuk dan dia (Rizky) terus menjatuhkan talak satu kepada Lesti,” jelas Adek.
Lesti setelah itu menjadi sangat emosi dan bertindak menarik leher Rizky sehingga rantainya terputus. Perkara itu yang membuatkan Rizky bertindak menepis sehingga membuatkan Lesti terjatuh bukan dibanting seperti yang dilaporkan media.
Adek menambah bahawa Rizky kemudiannya bimbang dengan talak yang disebut itu lalu mencari maklumat di internet berkaitan lafaz talak yang dilakukan terhadap isterinya. Rizky mendapati status talak itu boleh gugur dengan melakukan hubungan suami isteri.
“Dia bangun pukul 8 pagi dan mencari maklumat di internet berkaitan dengan talak satu. Dia dapati boleh selesai dengan berhubungan suami isteri semula. Jadi biasa suami isteri melakukan hubungan selepas bertengkar,” jelas peguam itu lagi.
Lesti Tunai Umrah Untuk Tenangkan Diri
Dalam perkembangan sama, Lesti Kejora baru-baru ini dilaporkan telah pergi menunaikan umrah pada Sabtu lalu (8 Oktober). Perkara itu dikatakan satu tindakan tidak wajar buat seorang isteri memandangkan dia tidak meminta izin suaminya, Rizky.
Perkara berkenaan dicetuskan oleh peguam Rizky sendiri yang mendakwa Lesti hanya memberitahu tentang keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah menerusi WhatsApp, tanpa bertemu.
“Ya, seharusnya seorang isteri itu datang ke rumah suaminya untuk meminta izin. Adakah diizinkan untuk melaksanakan umrah? Mereka masih suami isteri. Ini hanya WhatApp, adakah itu disebut seorang isteri yang baik? Rizky masih sah suaminya,” kata Adek.
Lesti dikatakan berangkat untuk menunaikan umrah bagi menenangkan dirinya selepas dihimpit kontroversi keganasan rumah tangga yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.
Untuk rekod, Rizky Billar dan Lesti Kejora telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang turut popular dengan panggilan ‘Abang L’.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)