fbpx
Now Reading
3 Tunjang Utama Filem Mat Kilau Tiada Dalam Senarai Prekuel
Adi putra, beto, syamsul tiada dalam filem prekuel Mat kilau

3 Tunjang Utama Filem Mat Kilau Tiada Dalam Senarai Prekuel

Menurut penerbit Studio Kembara itu yang menjelaskan mereka tidak mempunyai masalah dan bersikap profesional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui sebelum ini filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah menjadi satu fenomena di negara ini apabila berjaya mengutip RM97 juta selepas ditayangkan di pawagam.

Selain ditayangkan di Malaysia, filem ini turut mendapat sambutan yang luar biasa apabila dipersembahkan di Indonesia, Brunei dan juga perkhidmatan penstriman di Netflix.

Oleh itu, ramai peminat kepada filem tersebut mula menanti-nantikan sambungan kepada penceritaan pahlawan ini.

Sahkan Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam filem prekuel Mat Kilau

Terbaharu penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali mengesahkan bahawa pelakon Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy serta pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam projek prekuel filem tersebut.

Memetik laporan Kosmo, Abdul Rahman berkata ketiadaan kedua-dua pelakon tungak utama filem berkenaan adalah kerana watak yang dimainkan sebelum ini tidak ada kena mengena dengan filem prekuel Mat Kilau yang bakal dilakukan nanti.

Nak beri peluang pada pengarah lain

Manakala bagi ketiadaan pengarah Syamsul Yusof pula adalah kerana ingin memberi laluan kepada pengarah yang lain.

“Memang ada beberapa pelakon sudah ditawarkan watak kecuali Adi Putra dan Beto kerana watak mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel itu.

“Kami tiada masalah cuma kali ini mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara,” maklumnya.

Maklum tiada masalah & bersikap profesional

Ketika ditanya adakah ketiadaan tiga selebriti itu dalam filem prekuel Mat Kilau kerana hubungan yang kurang baik di antara mereka, penerbit itu bagaimanapun menafikan hal berkenaan.

“Kami tiada masalah dan bersikap profesional. Tetapi kami memang sudah lama tidak berkomunikasi kerana masing-masing sibuk,” jelas Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Rahman juga memaklumkan prekuel bagi filem Mat Kilau itu bakal memulakan pengambarannya pada hujung tahun ini atau selewatnya pada awal tahun depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.