5 Fakta Menarik Mengenai Filem Talbis Iblis Arahan Kabir Bhatia Yang Patut Anda Tahu
Talbis Iblis membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh Iblis untuk menyesatkan manusia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahun ini bukan sahaja menyaksikan industri perfileman negara kembali rancak, malah lebih mengejutkan apabila sambutan luar biasa daripada penonton sehingga meletakkan karya tempatan berdiri setanding filem antarabangsa dari sudut kutipan tempatan.
Selepas genre komedi aksi, biografi epik dan aksi, aksi ketenteraan, drama dokumentari telah dipersembahkan pada penonton, kini giliran genre seram arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia iaitu Talbis Iblis bakal menemui penonton di layar perak seluruh Malaysia dan Singapura.
Talbis Iblis adalah sebuah filem seram terbitan gabungan penerbit hebat tanah air seperti Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Picture (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.
#1 Maksud ‘Talbis’
Talbis Iblis membawa maksud tipu daya serta perangkap yang dibuat oleh Iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini.
#2 Sentuhan Kabir Bhatia dan dibintangi pelakon-pelakon hebat
Nama Kabir Bhatia sudah tidak asing lagi dalam industri filem tempatan, pelbagai filem-filem hebat yang sudah dihasilkan olehnya, kini giliran filem Talbis Iblis pula mendapat sentuhan oleh Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu.
Barisan pelakon juga tak kurang hebatnya dengan kemunculan semula primadona Nasha Aziz yang akan bergandingan bersama Azira Shafinaz dan Zul Ariffin.
Selain itu, barisan-barisan perlakon ternama seperti Amir Nafis, Jay Iswazir, Zaftfarrel Mikhael Felton, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, dan Putri Syahadah Nurjannah turut menyerikan lagi filem ini.
#3 Mendapat tayangan perdana dunia di Italy, Switzerland dan Korea Selatan
Karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival ke-24 di Udine, Italy pada April lalu.
Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26, Korea Selatan dan Neuchatel International Fantastic FIlm Festival 2022 ke-21, Switzerland.
#4 Filem seram terbitan gabungan penerbit hebat
Talbis Iblis adalah sebuah filem seram terbitan gabungan penerbit hebat tanah air seperti Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Picture (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.
#5 Review: filem ini pasti buat anda tak senang duduk dan ‘Ketakutan’
Filem Talbis Iblis mengisahkan seorang gadis bernama Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.
Secara keseluruhan, filem ini dipenuhi dengan babak-babak ‘jump scare’ yang tidak terduga sudah pasti akan membuat para penonton terkejut sambil bercampur perasaan seram sejuk kerana ketakutan.
Sinematik filem ini juga sangat memuaskan seperti penggunaan cahaya yang baik, make up artis yang kelihatan begitu ‘real’ dan juga pemakaian pakaian yang bersesuaian mengikut jalan cerita yang ditonjolkan.
Berbeza seperti filem seram yang lain, filem Talbis Iblis ini juga banyak menggunakan efek CGI (computer-generated imagery) yang begitu hebat dan mampu memukau mata penonton.
Dari segi penampakan hantu hinggalah ke babak bayi yang ingin keluar dari mulut ibunya, semuanya kelihatan begitu realistik dan tidak terlalu janggal.
Tidak hanya itu, penggunaan muzik latar dan efek bunyi pula adalah sangat baik, sesuai mengikut setiap ‘scene’ yang ada di dalam filem ini.
Malah pemilihan kostum dan ‘make up’ juga begitu menonjol hingga membuatkan setiap babak penting terasa begitu menyeramkan.
Kehebatan setiap pelakon juga tidak dapat dinafikan lagi sebagai penambah rasa untuk menguatkan lagi filem ini menjadi antara filem seram yang ada di Malaysia.
Untuk mengetahui kisah penuh dan apa kesudahan yang berlaku kepada Hajar dan juga bayi yang dikandungnya, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam nanti bermula 20 Oktober ini.
Tajuk : Talbis Iblis
Genre : Horror
Pengarah : Kabir Bhatia
Produksi : Infinitus Gold Sdn Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 97 Min
Jumlah Hari Penggambaran : 23 Hari
Tarikh Penggambaran : 28 Disember 2019
Lokasi Penggambaran : Pulau Carey Dan Apay Indah Wetlands
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022
Barisan Pelakon
Azira Shafinaz Sebagai Hajar
Nasha Aziz Sebagai Junaidah
Zul Ariffin Sebagai Nasir
Amir Nafis Sebagai Arshad
Jay Iswazir Sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton Sebagai Hazim
Sherie Merlis Sebagai Bomoh
Izzy Reef Sebagai Nasir Muda
Daniella Sya Sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah SebagaiHajar Muda
Tunggak Utama
Dipersembahkan oleh : (Infinitus Gold Sdn Bhd), (Astro Shaw Sdn Bhd), (Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd), (A Next Star Production Sdn Bhd), dan (Mm2 Entertainment Sd Bhd)
Penerbit Eksekutif : Dato’ Seri Robin Tan dan Gayatri Su-Lin Pillai