fbpx
Now Reading
Filem Arahan Kabir Bhatia, Talbis Iblis Bakal Menghantui Penonton Di Pawagam 20 Oktober Ini
Talbis Iblis

Filem Arahan Kabir Bhatia, Talbis Iblis Bakal Menghantui Penonton Di Pawagam 20 Oktober Ini

Filem arahan Khabir Bhatia ini turut menyelitkan babak yang kurang diketahui oleh masyarakat masa kini seperti adat melenggang perut kepada ibu mengandung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Talbis Iblis yang diterbitkan oleh 5 gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bakal menghantui penonton di Malaysia dan Singapura bermula 20 Oktober ini.

Malah filem bergenre seram arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Khabir Bhatia ini turut menyelit babak-babak yang mungkin kurang diketahui oleh masyarakat kini seperti adat melenggang perut dan bagaimana ia dilaksanakan.

Foto: Astro Shaw

Apa yang lebih menarik, jalan penceritaan yang dibawa pada filem Talbis Iblis ini merupakan sesuatu yang dekat kepada masyarakat seperti ilmu hitam, masalah sosial, isu kekeluargaan, dilema ibu mengandung yang mudah untuk difahami oleh para penonton.

Sinopsis ringkas

Foto: Astro Shaw

Filem Talbis Iblis ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Hajar yang dihantar ke rumah Mak Ju iaitu seorang bidan yang akan menjaganya sebelum dan selepas melahirkan anak.

Namun, keadaan menjadi kucar kacir apabila Hajar yang dibintangi oleh Azira Shafinaz mula mengetahui agenda sebenar Mak Ju (Nasha Aziz) setelah beberapa insiden pelik yang berlaku di rumah tersebut dan cuba untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa wanita berkenaan.

Selain Azira Shafinaz, filem ini turut menampilkan pelakon tanah air yang hebat seperti Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syadah Nurjannah.

Bakal buat penonton menjerit ketakutan

Berpeluang menonton Talbis Iblis, ketika sidang media dan pratonton pada Rabu, 12 Oktober, di Dadi Cinema, Pavillion kami yakin filem ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk dengan ‘jump scare’ yang bakal membuatkan penonton menjerit ketakutan.

Bukan itu sahaja, Talbis iblis yang membawa maksud tipu daya akan membuatkan anda sedar bagaimanakah iblis menggunakan helahnya untuk menyesatkan manusia dari terus bertakwa kepada Allah SWT.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan terbaharu dan klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak serta Infinitus Films MY.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.