fbpx
Now Reading
“Sibuk Nak Suruh Anak Aku Kurus!” – Almy Nadia Berang Tindakan Guru Suruh Anak Kuruskan Badan
guru suruh anak kurus

“Sibuk Nak Suruh Anak Aku Kurus!” – Almy Nadia Berang Tindakan Guru Suruh Anak Kuruskan Badan

Tindakan guru berkenaan menyuruh anak kepada pelakon, Almy Nadia untuk menguruskan badan telah membuatkan si kecil itu tidak mahu makan kerana mahu mengikut arahan cikgu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak mereka dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat si kecil yang sedang membesar dapat memiliki pendidikan, kesihatan dan kehidupan yang sempurna.

Malah, sebagai ibu bapa juga kita mahukan mereka ke sekolah dalam keadaan gembira agar dapat memberikan suasana belajar yang harmoni dan seronok.

Almy luah rasa kecewa anak disuruh kuruskan badan

Namun, berbeza dengan pelakon, Datin Almy Nadia apabila dia baru-baru ini dilihat meluahkan rasa kekecewaan apabila anak kesayangannya dipaksa untuk ‘ikat perut’ kerana disuruh oleh guru untuk menguruskan badan.

Memetik laporan Kosmo, pelakon yang juga dikenali sebagai Almy berusia 36 tahun itu menyatakan anak pertamanya, Nur Adrina Arianna, 7, akan didenda oleh guru di sekolah yang memintanya untuk menguruskan badan.

Anak tak nak makan sebab cikgu suruh kurus

“Dia (anak) kata tak nak makan sebab nak kurus. Cikgu suruh kurus.

“Ni dia mak hang bising. Ambik hang! Marah betul mama hang tau apabila ada orang suruh anak hang kurus.

“Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya,” kata pelakon itu dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Takut kena denda disekolah

Dia yang juga isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu turut menyatakan anak sulungnya itu akur dengan arahan untuk mengurangkan makan kerana bimbang dia akan didenda oleh guru berkenaan.

“Nanti dia kena marah di sekolah. Mama (Almy) memang naik hantu hari ini.

“Tunggu Isnin (naik sekolah) hang pergi panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kamu kurus itu.

“Sibuk nak suruh anak aku kurus. Anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham? Aku marah hari ini,” kata Almy lagi.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami hantaran tersebut didapati telah dipadam oleh pelakon wanita itu.

Almy sebelum ini pernah dikritik berkenaan saiz badan oleh netizen

Terdahulu, Almy menjadi ‘buah mulut’ orang ramai apabila dia pernah dikritik tentang saiz badannya yang dikatakan semakin besar selepas bersalin sehingga menyamakan dengan haiwan yang tidak sepatutnya.

Untuk makluman pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah berkahwin pada 2014 dan dianugerahkan empat cahaya mata perempuan serta seorang anak angkat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.