Anda Peminat Jazz? Jom Sertai Kuching Jazz Bersama Afgan, Phum Viphurit, Noryn Aziz & Banyak Lagi!
Kuching Jazz kini kembali untuk edisi ke-4 pada 28 & 29 Oktober 2022 di Kuching, Sarawak!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apa itu Jazz Malaysia?
Ha, mungkin ramai yang tidak tahu ataupun masih keliru – Jazz Malaysia pada asasnya adalah sub-genre jazz yang menggabungkan elemen muzik Malaysia dari segi komposisi melodi, irama dan instrumentasi.
Mungkin ramai telah mendengar tentang subgenre jazz yang berbeza seperti Jazz Afro-Cuban, Jazz Latin, Jazz Percuma Eropah, Jazz Rock, Gypsy Jazz, Bossanova dan pelbagai lagi. Menurut Aubrey Suwito, kesemua subgenre ini telah keluar daripada jazz kerana dipengaruhi oleh pelbagai budaya muzik di seluruh dunia.
Menunjukkan betapa kayanya budaya muzik di negara ini.
Untuk pengetahuan anda, muzik jazz dicipta oleh pemuzik Amerika yang berketurunan Afrika dan mula berkembang di Amerika Syarikat pada awal tahun 1890-an. Jazz juga sering dijadikan sebagai persembahan jalanan, kedai minuman (bar) dan dewan tarian di sekitar New Orleans dan bandar-bandar selatan di AS.
Elemen penting di dalam muzik jazz adalah improvisasi serta memiliki ciri-ciri irama sinkopasi, bit yang tetap dan kelainan dari segi warna ton dan corak persembahannya. Jazz merupakan bentuk muzik yang sangat khusus, dan memerlukan orang yang mempunyai pemahaman tertentu tentang genre untuk mempersembahkannya.
Jazz mungkin bukan muzik pasaran besar-besaran, tetapi memiliki pengikut setia dan peminat jazz ini sentiasa terbuka kepada bunyi yang berbeza. Jazz Malaysia juga tidak akan menjadi ‘out of place’ di festival jazz antarabangsa di seluruh dunia.
Kuching Jazz 2022 Kini Kembali Lagi Untuk Menghiburkan Peminat Muzik Jazz!
YES! You heard that right!
Festival Muzik Jazz besar-besaran yang sebelum ini pernah diadakan pada tahun 2017, 2018, dan 2019 kini kembali lagi untuk menghiburkan peminat di seluruh Malaysia. Buat pencinta muzik jazz yang ingin merasai pengalaman festival ini di bandar Sarawak, anda bakal dihiburkan dengan persembahan selebriti terkenal dari Australia, Thailand, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.
Berikut merupakan gerangan selebriti terkenal untuk line-up Kuching Jazz Festival 2022:
- Afgan (Indonesia)
- Phum Viphurit (Thailand)
- Hendri Rotinsulu and Jazmint Band (Indonesia)
- Noryn Aziz (Malaysia)
- Freyja Garbett (Australia)
- Dawn Wong & The Ark Royal (Singapore)
- Leon Sapphire (Malaysia)
- Ta’Dan (Malaysia)
- Ushera (Malaysia)
- Ky Den (Malaysia)
Kuching Jazz 2022 ini akan membawakan mood yang ‘classy’ dan ‘chilled out’ untuk setiap penonton. Muzik jazz ini memang ‘win’ sebab boleh menenangkan jiwa dan membuatkan seseorang lebih relaks walaupun sedang berhibur.
Kalau anda belum ada perancangan di hujung minggu, bolehlah cepat-cepat beli tiket!
Festival ini mengalu-alukan peminat dari kalangan umur 18 tahun sehingga 60 tahun. Malah, tiket untuk kanak-kanak juga akan dijual! Muzik jazz juga sesuai untuk didengari oleh setiap peringkat umur, tanpa mengira jantina dan bangsa.
Lepas dah penat bekerja di bandar yang sibuk, dan menghadap trafik teruk setiap hari, inilah masanya untuk anda relaks kan minda. Ajak kawan-kawan untuk enjoy bersama, okay?!
“Unwind, relax and feel the jazz…”
Harga Tiket & Cara Menempah Penginapan Hotel Untuk Ke Kuching Jazz 2022
Tiket akan dijual mengikut kategori iaitu Dewasa dan Kanak-kanak (3-12 tahun). Lihat pecahan dan harga penuh seperti di bawah:
Dah ada tiket, tapi tempat penginapan belum ada? Jangan risau, anda disarankan untuk memuat turun aplikasi Insiders Club by Hemisphere bagi memudahkan lagi urusan menempah penginapan sepanjang keberadaan anda di Kuching nanti.
Bagaimana cara untuk menempah? Ikuti cara-cara di bawah ini:
- Pilih bilik dan klik ‘Official Hotel’ untuk Kuching Jazz.
- Pilih tarikh untuk check-in dan check-out.
- Scroll ke bawah untuk pilihan ‘Kuching Jazz Festival Room Package’.
- Pilih ‘payment method’ dan selesai menempah bilik & tiket anda untuk ke Kuching Jazz Festival!
Pro Tip: Anda boleh memilih untuk menginap di Grand Margherita Hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh Hemisphere Corporation Sdn Bhd. Ataupun anda boleh juga survey pilihan hotel-hotel lain yang terdapat di sekitar kawasan Kuching Jazz iaitu Riverside Majestic Puteri Wing dan Riverside Astana Wing.
Bolehlah pergi konsert dan boleh bercuti! Sambil menyelam, minum air, orang kata. Anda juga boleh mendapatkan tiket menerusi kuchingjazz.com.
Bazar Seni & Kraftangan Juga Ada Di KJF!
Kuching Jazz Festival ini bakal menawarkan pengalaman unik dan ‘extraordinary’. Penonton berpeluang untuk menikmati suasana santai serta pengalaman gastronomi unik di tepi Waterfront.
Tambahan pula, komuniti etnik tempatan juga dijemput untuk mempamerkan masakan, seni dan kraftangan kepada pengunjung festival dengan mempamer dan menjual barangan mereka di bazar festival ini.
Antaranya adalah dari Culinary Heritage & Arts Society Sarawak di mana mereka akan mempersembahkan beberapa sesi demo buat para pengunjung untuk cara-cara memasak menu tradisional Sarawak seperti linut, tumpik dan sebagainya.
Mana tahu dah balik KL nanti boleh cuba-cuba buat linut ataupun tumpik sendiri di rumah, bolehlah merasai ala-ala berada di Sarawak.
Jumpa Di Kuching Jazz Di Waterfront Grand Margherita, Kuching, Sarawak!
Untuk anda yang berminat untuk meluangkan masa dua hari pada 28 dan 29 Oktober dengan persembahan artis-artis terkenal di Kuching Jazz, pastikan anda sudah menempah tiket festival dan juga penginapan awal-awal. Tiket penerbangan pun jangan lupa!
Untuk menempah tiket Kuching Jazz ini, anda boleh layari www.kuchingjazz.com.
Jumpa anda pada 28 dan 29 Oktober nanti! #kuchingjazz #juhkitaijazz
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)