fbpx
Now Reading
“Kami Tak Sebut Nama, Kalau Caprice Nak Saman Silakan” – Bos Mydin

“Kami Tak Sebut Nama, Kalau Caprice Nak Saman Silakan” – Bos Mydin

Difahamkan Caprice akan meneruskan saman tersebut selepas mendengar komen yang diberikan Bos Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi, 19 Oktober tular di media sosial luahan hati penyanyi Rap, Caprice yang kecewa dengan satu ciapan yang dilakukan akaun Twitter rasmi rangkaian pemborong dan peruncit tempatan terbesar di Malaysia, Mydin.

Caprice di dalam luahan itu mendakwa ciapan tersebut yang mengandungi nama ‘Cap’ dan ‘Rice’ telah memalukan dirinya.

Sehubungan itu dia memberikan tempoh 24 jam agar pihak Mydin memohon maaf dan menurunkan hantaran berkenaan atau berdepan saman sebanyak RM30 juta.

Namun sehingga petang tadi, ciapan berkenaan masih dikekalkan dan tiada sebarang kemaskini dari pihak Mydin mengenai permohonan maaf tersebut.

Sebaliknya Caprice pula dilihat memuat naik posting di IG Story menawarkan perbelanjaan secara percuma kepada orang ramai di pasar raya tersebut.

Baca artikel berkaitan : Bengang Dijadikan Bahan Lawak, Caprice Beri Mydin 24 Jam Untuk Minta Maaf Atau Berdepan Saman RM30 Juta

Bos Mydin sedia terima surat saman, perjelas tak buat apa-apa kesalahan

Siapa sangka, isu ini sebenarnya sudah pun mendapat maklum balas dari Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Beliau yang terkenal dengan gelaran Bos Mydin menegaskan pihaknya langsung tidak menyebut nama Caprice di dalam ciapan tersebut.

Bahkan ciapan dan hantaran yang dimuat naik di semua platform media sosial Mydin tiada sebarang unsur perlian atau menghina mana-mana individu.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas kepada Kosmo.

Sedia bekerjasama dengan Caprice jika mahu buat kerja amal

Dalam pada itu, Ameer Ali mengatakan dia amat mengalu-alukan sekiranya benar Caprice merancang untuk melakukan kerja amal di pasar rayanya. Bahkan dia juga sudi menawarkan 1 kilogram (kg) paket gula kepada yang terlibat.

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Caprice akan teruskan saman

Difahamkan Caprice akan meneruskan saman tersebut selepas mendengar komen yang diberikan Bos Mydin.

Dia di dalam muat naik terbaharu di IG Story berkata tidak menyangka seseorang yang dikagumi akan membenarkan orang bawahannya menyindir orang lain.

“Malangnya ya (akan teruskan saman). Saya tak pernah sangka seseorang yang kami hormati akan merendahkan tahap dengan membiarkan pasukan media sosialnya menyindir saya.

“Macam mana nak nafikan sedangkan ruang komen memang tag/tau tu semuanya mengenai saya.

“Kita mungkin dah bersama dalam satu perjuangan. So here we go,” kata Caprice.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.