fbpx
Now Reading
Penerbit Talbis Iblis Akur Tayangan Filem Diharamkan Di Brunei

Penerbit Talbis Iblis Akur Tayangan Filem Diharamkan Di Brunei

“Kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan.”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Oktober) bermulanya tayangan filem seram, Talbis Iblis arahan pengarah terkenal, Kabir Bhatia di seluruh negara.

Namun di sebalik kemeriahan hari pertama tayangannya, kecoh apabila pihak berwajib di Brunei difahamkan telah mengharamkan penayangan filem tersebut di sana.

Berita pengharaman tersebut pula hanya diketahui selepas pawagam, Time Cineplex memaklumkan perkara berkenaan di Instagram pada Isnin (17 Oktober) yang lalu.

“Maaf semua, Talbis Iblis tidak akan ditayangkan di sini (Brunei) kerana tidak lulus penapisan,” tulis Times Cineplex ringkas.

Meskipun perkara itu agak mengecewakan peminat filem seram di Brunei, Penerbit Eksekutif Infinitus Productions Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai memaklumkan pihaknya berlapang dada dan akur dengan keputusan tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Gayatri berkata, setiap negara mempunyai proses penapisan tersendiri yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan.”

 “Setiap negara mempunyai peraturan dan kriteria serta garis panduan yang sudah ditetapkan. Jadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam filem tidak memenuhi kriteria terbabit,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Babak hidupkan bayi tidak sesuai dengan ajaran Islam

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan filem berkenaan diharamkan antaranya ada babak ritual yang diangggap tidak bersesuaian dengan ajaran Islam.

“Ada beberapa punca. Antaranya kerana mengandungi ritual menghidupkan kembali bayi yang sudah mati sekali gus dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Sebagai info, Talbis Iblis merupakan filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Ia dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.