fbpx
Now Reading
“We Can’t Be Partners Anymore” – Kapsyen Sharifah Sakinah Jadi Tanda Tanya

“We Can’t Be Partners Anymore” – Kapsyen Sharifah Sakinah Jadi Tanda Tanya

Menerusi hantaran di Instagram itu, Sakinah seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sudah berakhir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan pasti tahu yang aktres, Sharifah Sakinah dan suaminya, Michael Hansen menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh (PJJ).

Ini kerana suaminya masih lagi bekerja di Sweden manakala Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired pula meneruskan kerjaya seni dan perniagaan online fitness, Hemmafit yang ditubuhkan bersama Michael di Malaysia.

Terbaharu semalam (20 Oktober) Sakinah mencetuskan tanda tanya orang ramai apabila memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sudah berakhir.

“Kami mempunyai perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi. Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat.”

Menerusi posting tersebut dia turut memuat naik foto dia bersama Michael di dalam kereta.

Sakinah bagaimanapun dilihat menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Setakat ini tiada perkongsian lanjut mengenai maksud kapsyen yang ditulis Sakinah. Malah dia hanya berkongsikan urusan melibatkan kerjanya di IG Story. Apa-apa pun kami doakan hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Untuk rekod, Sakinah pada Februari 2022 yang lalu mengumumkan kepada orang ramai bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Michael. Mereka memilih merahsiakan perkahwinan itu atas alasan peribadi dan agama.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 sebelum disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, Sakinah dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.