fbpx
Now Reading
Filem Seram Talbis Iblis Berjaya Raih RM1 Juta Selepas 4 Hari Tayangan
Filem Seram Talbis Iblis Berjaya Raih RM1 Juta Lepas 4 Hari Ditayang

Filem Seram Talbis Iblis Berjaya Raih RM1 Juta Selepas 4 Hari Tayangan

Menurut Gayatri, filem bergenre seram yang diarahkan oleh Khabir Bhatia ini turut membawa mesej positif dalam memperingatkan kewujudan syaitan dan iblis yang akan sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, industri perfileman di negara semakin menampakkan serinya kembali dengan kemunculan banyak filem di pawagam selepas beberapa tahun sepi ekoran dari penularan pandemik Covid-19.

Malah, kemunculan filem-filem baharu ini kian mendapat perhatian orang ramai yang semakin menghargai setiap naskah yang dipersembahkan oleh anak seni di tanah air ini.

Raih RM1 juta dalam masa 4 hari ditayangkan

Terbaharu, filem Talbis Iblis yang sedang ditayang di pawagam telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1 juta selepas empat hari ditayangkan di layar perak.

Memetik laporan Harian Metro, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai memaklumkan, filem yang bergenre seram itu juga turut menunjukkan peningkatan penonton yang semakin ramai.

Jumlah penonton meningkat semasa hujung minggu

“Disebabkan cuti yang panjang sempena perayaan Deepavali, mungkin ramai yang sudah mula ambil cuti menyebabkan hari pertama tayangan filem ini sedikit perlahan, tapi tak sangka jumlah penonton semakin meningkat hujung minggu ini.

“Pihak kami dimaklumkan antara negeri yang mencatat jumlah penonton yang ramai adalah di Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Kami amat bersyukur dengan maklum balas positif ini.

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya berharap penonton menyukai filem ini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Filem Talbis Iblis sarat dengan mesej yang positif

Jelas penerbit itu lagi, filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Khabir Bhatia berkenaan penuh dengan mesej positif yang memberi peringatan kepada setiap manusia agar tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan suruhan Tuhan.

“Filem ini mengingatkan kita mengenai kewujudan syaitan atau iblis yang akan terus menghasut manusia ke arah kejahatan.

“Justeru kita sebagai manusia perlu sentiasa mempercayai kepada Tuhan kerana Dia yang akan menyelamatkan kita. Jangan mengingati Tuhan hanya ketika susah saja,” jelasnya lagi.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.