Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan tentang kenyataan dari penerbit drama, Dato A.Aida yang mementingkan rupa paras untuk menjadi seorang pelakon.
Seakan tidak bersetuju dengan kenyataan itu, pelakon Amerul Affendi menerusi ciapan di laman Twitter miliknya turut tampil mempersoalkan.
“Kenapa dia berani bagi pandangan begini? Apa betul ramai akan tengok bila satu-satu cerita dibarisi pelakon yang cantik dan kacak?” tulis pelakon itu.
Sindir Amerul Affendi, pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta disarankan supaya menutup kursus lakonan kerana merasakan pelajar-pelajar yang mengambil kursus itu seakan ditipu jika kriteria yang dinyatakan oleh penerbit berkenaan menjadi keutamaan.
“Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada. Tak baik scam (tipu) bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.
“Kerana bila ahli lembaga pengarah Finas sudah keluar statement (kenyataan) begini sudah tentu ramai yang ikut kan?” tulisnya lagi.
Enggan berdiam diri, A.Aida tampil membalas kenyataan pelakon itu serta bertanya kenapa IPTA dan IPTS perlu menutup kursus lakonan.
Menerusi laporan Harian Metro, Aida berkata kenyataan yang diberikan oleh dirinya sebelum ini adalah relevan dan diguna pakai oleh penerbit dalam dan luar negara.
“Kenapa pula nak suruh IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam negara tutup kursus lakonan?
“Sejak dulu lagi, watak utama iaitu hero dan heroin memang kena ada rupa paras menarik dan muda. Begitu juga sekarang. Cuma bezanya, apabila mereka sudah berusia dan bukan lagi remaja, kita kena cari pelapis baharu pula. Begitulah seterusnya.
“Nampaknya ramai yang masih kurang faham. Mereka hanya ambil pendekatan terus mengkritik kenyataan saya. Apa yang dimaksudkan adalah untuk watak utama. Itu kriteria yang saya tetapkan, tapi banyak lagi watak lain yang saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat dan pandai berlakon saya akan ambil,” katanya.
Pada masa sama, Aida turut menegaskan pemilihan watak perlu disesuaikan dengan jalan cerita dan juga mengikut kehendak skrip.
“Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak itu disesuaikan dengan jalan cerita. Kalau naskhah itu watak utama memerlukan pelakon yang tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yang sedia kacak. Nanti penonton bising juga. Jadi, kita buat ikut kehendak skrip itu.”
Penerbit, Datuk A.Aida
Ujar Aida, dia tidak pernah mengabaikan soal kualiti terutama dari segi lakonan setiap perlakon. Hal ini kerana penerbit itu menggabungkan artis baharu yang kacak ‘Sado’ dan cantik dengan pelakon hebat agar mereka dapat menimba ilmu.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…