fbpx
Now Reading
“Saya Akan Ditidurkan Semasa Pembedahan” – Zamani Sedia Hadapi Pembedahan Tulang Belakang 7 November Ini
Zamani buat persediaan

“Saya Akan Ditidurkan Semasa Pembedahan” – Zamani Sedia Hadapi Pembedahan Tulang Belakang 7 November Ini

Jelas penyanyi itu lagi, dia mungkin akan berehat selama tiga bulan sebelum mula bekerja dan ia bergantung kepada daya ketahanan badannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama penyanyi popular ini, Zamani Ibrahim pasti bait-bait lagunya mula bermain di fikiran.

Sebelum ini, kita digemparkan dengan berita bahawa penyanyi itu menghidap penyakit skoliosis iaitu masalah tulang belakang yang membengkok ke arah sisi.

Sehubungan itu, penyanyi kumpulan Slam itu mula sibuk mengumpul dana untuk menjalani pembedahan bagi masalah kesihatannya.

Baca artikel berkaitan: Isteri Zamani Dakwa Suami Tak Dapat Bayaran, Penganjur Konsert Cakap Hanya Salah Faham

Maklum sedang bersiap sedia untuk pembedahan

Terbaharu Zamani, 51, memaklumkan dia sedang membuat persediaan terakhir sebelum menjalani pembedahannya yang akan dilakukan di sebuah hospital swasta di Cheras, 7 November ini.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, persediaan mental adalah penting dan perlu dititik beratkan memandangkan pembedahan tersebut adalah pembesahan besar.

Ini kerana, kali terakhir penyanyi itu menjalani pembedahan adalah sekitar 20 tahun lepas disebabkan batu karang.

“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang akan mengambil masa selama dua setengah jam.

“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

“Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang,” jelasnya kepada Berita Harian.

Perlu berehat hingga 3 bulan lepas pembedahan

Pelantun lagu Gerimis Mengundang itu juga memaklumkan dia juga dijangkakan perlu berehat sehingga tiga bulan sebelum boleh kembali bekerja selepas pembedahan dilakukan.

“Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.

“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung kepada kekuatan antibodi,” jelasnya lagi.

Dia dalam masa sama turut berharap peminat boleh mendoakan kesejahteraan agar pembedahan tersebut dapat berjalan dengan baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.